Thursday, November 1, 2012

Kembara Ustaz jilid 2






Inilah komik Kembara Ustaz jilid 2 yang lama saya tunggu - tunggu. Sudah puas saya bertanya pada tuan kedai buku namun jawabnya tak tau. Saya ingatkan dah diberhentikan penerbitannya. Komik ini memang laris sampai dalam laman web Storm Reader telah habis stoknya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih pada penerbitnya iaitu VC Kreatif kerana sudi menerima saya menjadi rakan Facebooknya.

Sunday, October 28, 2012

Apa sudah jadi dengan komik ini ?



Apa yang terjadi pada komik berunsur dakwah ini ? Komik ini mulanya bertajuk Kuliah Ustaz susunan Ustaz Zakaria Talib terbitan VC Kreatif. Diterbitkan selama dua keluaran dan selepas itu tidak terbit selama beberapa bulan. Kemudian muncul semula dengan tajuk Kembara Ustaz penyusunnya bukan lagi Ustaz Zakaria Talib tapi penulisnya terdapat penambahan termasuk seorang pengacara TV3. Tapi selepas itu tak muncul-muncul lagi edisi baru hingga hari ini. Adakah penerbitannya telah diberhentikan ? Kalau diberhentikan apa alasannya ? Sayang kalau komik berunsur dakwah seperti ini tidak diteruskan penerbitannya.

Monday, October 22, 2012

Yasmin memakai tudung.








Inilah gambar terbaru Yasmin dengan memakai tudung. Sebenarnya dia dah mula pakai tudung masa Hari Raya Aidil Fitri hari itu. Tapi tak sempat nak ditangkap gambarnya.

Tuesday, October 2, 2012

Al Quran yang diharamkan ?


Kulit depan Al Quran Majeed.


Surah Al Fatihah dan permulaan Surah Al Baqarah.


Antara isi kandungan Al Quran Majeed.

Kita semua tahu bahawa Al Quran adalah kitab suci yang paling agung dan kita digalakkan malah diwajibkan untuk membacanya. Tapi bagaimana jika dikatakan ada Al Quran yang dilarang kita membacanya ? Perkara ini saya ketahui semasa bersama dalam Kursus Penghayatan Al Quran di UPSI. Al Quran yang dimaksudkan ialah Al Quran Majeed atau dikenali juga dengan Al Quran lama. Al Quran ini diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Persekutuan Malaysia dan diikuti Jabatan Agama Islam Negeri - Negeri. Sebabnya kerana terdapat banyak kesilapan dalam penulisannya. Jabatan Agama Islam Persekutuan dan Negeri - Negeri juga mengarahkan Al Quran ini dilupuskan daripada masjid - masjid dan surau -surau di seluruh negara malah mencetak dan mengedarkan Al Quran ini juga menjadi satu kesalahan dan boleh didenda. Walaubagaimanapun Al Quran ini tetap kita pelihara kerana masih terdapat kalimah suci didalamnya dan kalau nak dilupuskan hendaklah diserahkan kepada mereka yang arif. Al Quran yang boleh dibaca sekarang ialah Al Quran Kareem atau dikenali sebagai Al Quran baru atau Al Quran Rasm Othmaniah. Bagi sesiapa yang masih ingin melihat Al Quran Majeed boleh layari laman sesawang Home Quran. Katanya versi ini telah diperbaiki tapi masih tak tahu ia diluluskan oleh Jabatan Agama atau sebaliknya.

Sunday, September 23, 2012

Kad Raya 2012.


 Kad raya pemimpin - pemimpin Pakatan Rakyat.


 Kad raya istana - istana.


 Kad raya Perdana Menteri.


 Kad raya pemimpin - pemimpin Barisan Nasional.


Kesemua kad raya yang saya terima pada tahun 2012.


Inilah kad ucapan Selamat Hari Raya yang saya terima tahun ini. Walaupun saya hantar 24 keping tapi yang balas pada saya hanya 14 keping termasuk satu yang dihantar tanpa setem. Mungkin tahun depan boleh dapat lebih banyak agaknya. Itu pun kalau saya tak putus asa menghantar kad raya lagi.

Tuesday, September 18, 2012

Firas dah boleh berjalan







Inilah gambar anak lelaki saya Firas yang sekarang dah boleh berjalan. Usianya kini satu tahun dua bulan.

Wednesday, July 18, 2012

Hari jadi Min dan Firas.


Kek harijadi berhiaskan angry birds.




Bergambar sebelum acara bermula.


 

Acara potong kek berlangsung.



Acara makan bermula.



 Sedapnya makan.

  

  

 Bergambar bersama keluarga.


Angry birds daripada kek.


Pada 15 Julai 2012 bersamaan 25 Syaaban 1433 berlangsung acara sambutan hari jadi anak saya Yasmin dan Firas di rumah mertua saya. Berikut gambar-gambar yang sempat dirakamkan.


Tuesday, May 15, 2012

Perjumpaan penduduk baru dan lama Kampung Seri Keledang ( SKC )



Berkumpul di bekas panggung wayang jam 3 petang.


 Hiasan pentas acara.




 Acara mewarna untuk kanak-kanak.


Acara meraut lidi untuk wanita.


 Acara sepak raga bulatan.



 Berkumpul untuk acara malam pula.





Bergambar untuk kenangan.

Pada 5 Mei 2012 diadakan majlis perjumpaan penduduk-penduduk lama dan baru Kampung Seri Keledang@SKC di panggung wayang lama SKC. Perjumpaan ini dibuat untuk kali yang ketiga. Ini merupakan kali pertama saya dapat meluangkan masa untuk perjumpaan kali ini. Acara diadakan pada sebelah petang dan malam. Oleh kerana kesibukan tugas dan masalah teknikal maka saya terlewat untuk masukkan gambar-gambar dalam blog ini.

Monday, April 16, 2012

Kitab Perukunan.


Kitab Perukunan versi lama, baru dan rumi.


Bahagian dalam kitab versi lama.


Bahagian dalam kitab versi baru.


Bahagian dalam kitab versi rumi.

Kitab Perukunan merupakan kitab rujukan yang sering digunakan untuk belajar dan mengajar Ilmu Fekah oleh guru-guru Agama Islam dulu. Kitab ini juga digunakan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. Di rumah mak saya ada tersimpan kitab Perukunan ini dalam dua versi. Versi lama menggunakan kertas yang kasar dan kekuningan dan tulisan juga sukar untuk dibaca. Versi baru pula menggunakan kertas licin dan berlatarbelakang warna merah jambu. Sekarang telah ada pula versi rumi yang diterbitkan oleh Al Hidayah Publisher. Kitab ini dikarang oleh Sheikh Muhammad Arsyad dan diterjemah ke tulisan rumi oleh Ustazah Noraine Abu. Versi rumi boleh dibeli melalui www.hidayah.com.my sementara versi jawi mungkin boleh dibeli di kedai-kedai menjual kitab agama.

Friday, March 16, 2012

Buku Bacaan Jawi Untuk Kanak-kanak.


 Kulit buku bacaan.


Terdapat nama dan alamat Pustaka San Ming di dalam buku ini.


Isi kandungan buku.

Entah macam mana saya boleh terjumpa tiga buah buku yang saya rasa agak menarik untuk dipaparkan dalam blog ini untuk tatapan semua. Buku tersebut ialah buku bacaan Jawi untuk kanak-kanak. Buku ini bertajuk Arnab Dengan Kambing, Burung Helang Dengan Siput dan Burung Punai Dengan Semut.
Buku ini dikeluarkan pada tahun 1982. Diolah Khusairi Muhammad Rafiie dan tulisan Jawinya ditulis oleh Syed Hasan Idrus. Apa yang menariknya buku ini diterbitkan oleh Pustaka San Ming di Tanjong Malim, Perak. Tak tau pula yang Pustaka San Ming ni pernah terbitkan buku sebab setahu saya San Ming ni hanya jual buku je. Sekarang susah nak cari bahan bacaan bertulisan Jawi macam ni. Kalau adapun hanyalah buku teks Pengajian Agama Islam untuk sekolah rendah.

Monday, March 5, 2012

Muqaddam versi baru.


Kulit depan Muqaddam.


Perbezaan pelajaran Muqaddam.


Perbezaan mushaf Al Quran.

Ketika memesan kitab Penawar Bagi Hati melalui www.jahabersa.com.my saya turut memesan Muqaddam untuk anak saya. Apabila Muqaddam tersebut sampai saya dapati ia berbeza dengan versi lama yang saya gunakan ketika belajar mengaji lebih 30 tahun dulu. Perbezaannya dapat kita lihat pada sukatan pelajarannya.
Perbezaan juga dapat dilihat pada mushaf Al Quran iaitu Muqaddam baru menggunakan Rasm Othmaniah sementara yang lama dalam tulisan Al Quran Majeed. Apapun saya berharap agar anak saya dapat belajar Al Quran dengan baik sebagai bekalan di dunia dan akhirat.