Monday, March 22, 2010

Yasmin bantu mama menyapu.

Lain kali kalau nak sapu rumah panggillah saya.


Wajah puas bila dah siap menyapu.


Siapa kata saya tak boleh tolong mama.


Sewaktu balik kampung, saya dan isteri saya membantu mak saya mengemas rumah. Bila tiba masa nak menyapu halaman rumah, anak dara saya sibuk nak membantu kami. Bila diambil penyapu dia menangis pula. Jadi kami biarkan dia beraksi dengan penyapu itu. Hai... jangan masa kecil je rajin dah besar malas sudah.

Friday, March 12, 2010

Barang antik mak saya.

Ini botol susu kakak saya.

Ini sterika lama guna arang kayu.

Masa saya balik kampung, saya telah mengemas bilik mak saya lalu saya terjumpalah dua barang lama yang saya rasa payah nak jumpa sekarang iaitu sterika arang dan botol susu lama yang unik. Menurut mak saya botol susu itu dibeli untuk kakak saya yang sulung dan kini kakak saya dah berusia 56 tahun. Botol susu ni diperbuat daripada kaca berbentuk pisang dan ada dua tempat puting. Sterika arang itu diperbuat daripada tembaga padu. Dulu mana ada elektrik.