Wednesday, June 1, 2016

Komik Baru Di Pasaran

Sebenarnya saya tak berminat nak beli komik baru. Kalau boleh nak cari komik yang lama-lama je. Tapi komik ini menarik minat saya. Tajuknya Aliff Dalam 7 Dimensi terbitan Gempak Starz. Komik ini diadaptasi daripada filem dengan tajuk yang sama. Saya beli komik ini sebab tak banyak komik adaptasi filem Melayu yang diterbitkan. ( Setahu saya ada tiga je termasuk yang ni. ) Berbeza komik adaptasi filem sebelumnya komik ini merupakan prekuel filem yang akan ditayangkan nanti. Maknanya kena baca komik ni dulu baru tonton filemnya. ( Lebih kurang macam tulah. ) Sebelum ni prekuel filem dibuat dalam bentuk novel.Komik berharga RM12 ni saya beli di 7 Eleven dan dapat tiga keping stiker Buncit Bear.


Saturday, March 19, 2016

Keputusan PRU Ke 12 Dan 13

Inilah keputusan dua pilihanraya yang dianggap paling mencabar bagi parti pemerintah di Malaysia. Pada PRU ke 12 BN buat pertama kali dalam sejarah tidak mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. BN juga hilang kuasa di lima negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Pada PRU ke 13 BN telah kehilangan lebih banyak kerusi Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun BN kembali berkuasa di dua negeri iaitu Kedah dan Perak.


Keputusan PRU ke 12

Keputusan PRU ke 13

Friday, February 19, 2016

Akhbar Baru Dari Parti Baru


Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah telah menerbitkan akhbar rasmi mereka yang diberi nama Suara Amanah. Akhbar yang berharga RM 1 ( tapi saya dapat percuma. ) diterbitkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam.

Thursday, February 18, 2016

Akhbar Istimewa

Dua akhbar ini boleh dianggap edisi istimewa yang diterbitkan di Malaysia. Pertama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Julai 2013. Merupakan akhbar Harian Metro paling tebal iaitu 236 mukasurat dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Mungkin akhbar yang paling tebal di Malaysia.

  
Muka depan Harian Metro 19 Julai 2013


Bahagian dalam Harian Metro 19 Julai 2013

Satu lagi akhbar yang dianggap istimewa ialah Sinar Harian bertarikh 3 Februari 2016. Merupakan akhbar Sinar Harian yang pertama berbentuk broadsheet mengandungi 32 mukasurat. Kebiasaan akhbar Sinar Harian berbentuk kompak mengandungi 56 mukasurat. Akhbar Sinar Harian pada tarikh ini juga tidak diterbitkan dalam edisi yang berlainan mengikut negeri seperti lazimnya.



Muka depan Sinar Harian 3 Februari 2016


Bahagian dalam Sinar Harian 3 Februari 2016

Tuesday, January 12, 2016

Buku Percuma


Zaman sekarang susah nak dapat buku percuma macam dulu. Kalau adapun buku dalam format PDF. Tapi baru-baru ni masa karnival Kampungku di Hulu Bernam ada diedarkan dua buah buku kepada orang ramai. Buku yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bertajuk Himpunan Fatwa dan 10 Asas Ibadah.

Monday, January 11, 2016

Buku Puisi Merdeka


Sebuah buku yang mengandungi 48 buah sajak, pantun dan teromba yang bertemakan merdeka karya kakitangan UPSI. Buku ini diselenggara oleh Profesor Dato' Dr Aminah Binti Ayob. Dikeluarkan pada tahun 2011. Ini merupakan edisi awal dan dikatakan akan dikomersialkan tapi sampai sekarang tidak diterbitkan. Tak tau apa sebabnya.

Sunday, January 10, 2016

Komik Dialog Ketuhanan Jesus


Cover Depan Komik


Cover Belakang Komik


Bahagian Dalam Komik Mencari Kebenaran


Bahagian Dalam Komik Dialog Masalah Ketuhanan Jesus

Ini adalah dua buah komik yang mempunyai jalan cerita yang sama tapi dihasilkan oleh dua karyawan yang berlainan. Satu tajuknya Mencari Kebenaran Suatu Dialog Islam-Kristian diterbitkan oleh Persatuan Ulama Malaysia pada tahun 1998. Komik ini karya Rossem. Komik satu lagi bertajuk Dialog Masalah Ketuhanan Jesus diterbitkan oleh Saba Islamic Media. Dihasilkan oleh Norshafinie Ellias, ABE, Jumain dan Sameer Hayikader. Kedua-duanya cetakan pertama dan kedua-dua diadaptasi daripada buku karya Bahaudin Maudhary dari Indonesia bertajuk Dialog Masalah Ketuhanan Jesus.
Komik Mencari Kebenaran tidak ada dipasaran lagi sementara komik Dialog Ketuhanan Jesus boleh dipesan di SINI