Saturday, August 31, 2013

Sambutan Hari Kebangsaan 2013


 Berkumpul di hadapan tadika.



 Acara menaikkan bendera kebangsaan dan negeri sambil lagu dinyanyikan.




Menyanyikan lagu Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera.


 Acara baling pundi kacang dalam bakul.


 Acara junjung pundi kacang.


 Walaupun kalah Yasmin boleh junjung pundi kacang tanpa jatuh hingga penamat.


 Junjung pundi kacang untuk bapa-bapa.



Yasmin terima hadiah daripada ADUN Hulu Bernam.

Pada 31 Ogos 2013 bersamaan 24 Syawal 1434 berlangsung sambutan Hari Kebangsaan merangkap Hari Sukan dan jamuan Hari Raya di Tadika Kiambang Bertaut Hulu Bernam iaitu tempat Yasmin bersekolah. Dalam acara sukan Yasmin masuk dua acara iaitu baling pundi kacang dalam bakul dan junjung pundi kacang. Saya juga masuk acara junjung pundi kacang untuk bapa-bapa.
Bla lihat sambutan Hari Kebangsaan ni saya teringat pada zaman kegemilangan SKC dulu. Tiap-tiap tahun ada acara sambautan yang sangat meriah di Kampung.

Monday, August 26, 2013

Perjumpaan penduduk lama dan baru SKC 2013.


 Berkumpul di depan masjid.


 Tok Tan bercerita kisah lama dengan Mak Cik Salmah.


 Abang Zaha, Abang Nan dan Abang Wok mengimbau kisah lalu.


Abang Joi juga rancak bersembang dalam rumah.

Pada 25 Ogos 2013 bersamaan 18 Syawal 1434 telah berlangsung perjumpaan penduduk Kampung Seri Keledang dengan keluarga bekas pekerja SKC. Majlis berlangsung di Masjid Jamaatul Asma Al Husna Kampung Seri Keledang. Ramai juga orang - orang lama SKC yang datang antaranya keluarga Pak Din Bulldozer, Pak Mail Kugiran , keluarga Pak Nuzi , Umar Tridi , Joi Din Tarzan , keluarga Tok Mat Panjang , Zainal Pak Pandak dan lain - lain lagi. Masa jumpa Abang Umar dia beritahu yang ayahnya Pak Tridi yang juga dikenali dengan Cik Abang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2013. Takziah diucapkan.

Sunday, August 18, 2013

Hari Raya Di Kampung 2013



 Gambar kenangan keluarga.


 Yasmin dengan duit raya pertamanya.



 Bergambar bersama ibu tersayang.


 Orang baru dalam keluarga. Harissudin anak Wan Cik.


 Faiz sedang asyik menonton TV.


Min dengan gaya Gwiyomi.

Tahun ini saya beraya di rumah mak saya di Kampung Seri Keledang. Berikut adalah gambar - gambar yang telah dirakamkan. Tahun ini juga keluarga saya bertambah lagi seorang iaitu Harissudin anak Wan Cik Ella.