Monday, February 22, 2010

Yasmin dengan walker baru.




Pada 15 Februari lalu saya dan isteri saya telah membeli 'walker' baru untuk anak kami Yasmin di Tesco Selayang. Wah! bukan main suka dia bermain-main dengan 'walker' barunya. Yasmin kini berusia 9 bulan.

Duit syiling misteri.



Baru-baru ini semasa saya balik kampung, saya telah terjumpa satu syiling yang agak pelik iaitu syiling Mexico yang dikeluarkan pada tahun 1888. Saya bertanya pada mak saya mana dapat syiling ni. Mak saya kata ia disimpan oleh arwah ayah saya yang asalnya kepunyaan arwah tok saya. Maknanya syiling turun-temurunlah. Apa yang misterinya ialah setahu saya Malaysia tak pernah dijajah Mexico tapi macam mana syiling Mexico ni ada di Malaysia dan usianya 122 tahun? Siapa yang tahu jawaban tolong bagitau saya.

Tuesday, February 2, 2010

Saya kembali











Dah lama tak tulis dalam blog ni. Maklumlah banyak komitmen lain nak buat. Dah tu internet ada problem lak. Jadi sebagai permulaan kembalinya saya, saya nak tunjukkan gambar-gambar anak saya yang kini dah berusia 8 bulan. Hemm..... cepatnya masa berlalu.