Wednesday, May 29, 2013

Akhbar Dalam Majalah.


 Muka depan majalah.



Bahagian dalam majalah.

Semasa berjalan - jalan di bandar Tanjong Malim saya singgah di kedai buku. Saya jadi tertarik bila melihat majalah yang lain dari yang lain. Kulit luar majalah itu menyatakan kompilasi khas akhbar dalam majalah. Rupa - rupanya majalah ini sebenarnya ialah kompilasi akhbar Iqrak yang dikeluarkan mulai Oktober 2011 hingga Mac 2012. Akhbar ini memggunakan tagline Daiges Islamik. Akhbar ini diterbitkan oleh Puncak Karya Enterprise.
Rasa - rasanya saya tak tahupun akan kewujudan akhbar Iqrak ini. Tahu - tahu sudah dikeluarkan dalam bentuk kompilasi dan ini merupakan edisi yang kedua. Apapun kandungan akhbar ini memang menarik kerana banyak memberi maklumat dan keinsafan Harganya RM 4.50.

Sunday, May 26, 2013

Hari Jadi Yasmin Ke 4.


 Kek hari jadi kali ini gambar Boboiboy.



 Sebelum acara potong kek.


 Yasmin sedang potong kek. Tiap kali potong kek dia mesti menangis.


Mek dengan kawan baiknya.


 Firas selepas makan kek.


Ini pula Faris anak Mak Tam.

Pada hari Jumaat 24 Mei 2013 berlangsung majlis hari jadi Yasmin yang ke 4. Majlis diadakan di rumah Mak Ngahnya di Rumah Awan 2, Hulu Bernam pada sebelah malam. Sekejap rasanya Yasmin sudah 4 tahun.

Tuesday, May 21, 2013

Penggunaan Karikatur Dalam Kempen Pilihanraya.


 Buku Karikatur pro BN.


Buku Karikatur pro PR.

Sudah lama saya tak menulis dalam blog ini dan tulisan ini merupakan tulisan yang pertama dalam tahun 2013. Baru - baru negara kita menghadapi pilihanraya atau PRU yang ke 13. Saya tak mahu menulis mengenai kempen PRU ataupun analisa PRU sebab dah banyak ditulis dalam blog - blog yang lain. Apa yang saya nak tulis disini ialah mengenai penggunaan kartun atau karikatur yang digunakan dalam kempen PRU. Di sini ditunjukkan buku -buku karikatur yang digunakan oleh kedua - dua pihak Barisan Nasional ( BN ) dan Pakatan Rakyat ( PR ) dalam usaha menarik pengundi. Buku yang dikeluarkan oleh pihak pro BN ialah 50 Dalil Pakatan Rakyat Tak Layak Jadi Pemerintah, Koleksi Karikatur Online dan sebuah buku kecil dalam bahasa cina.
Pihak PR pula mengeluarkan buku Gedung Kartun, Lawak Dan Lawan, Lembu - Lembu Kondo dan Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene. Sebenarnya banyak lagi buku - buku yang dikeluarkan oleh kedua - dua pihak BN dan PR dalam usaha untuk menarik pengundi disamping menyampaikan mesej mengenai isu - isu semasa dengan cara yang lebih santai.