Monday, April 26, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Perang poster di Rumah Awam 2, Hulu Bernam.




Perang poster di Kampung Seri Keledang.

Peraih undi bersedia memikat pengundi.


Pondok panas kedua-dua parti bertanding. Namun dibuka semula atas arahan SPR.


Peraih undi PKR sedang berkempen.


Peraih undi bagi pihak BN.



Keadaan panas menyebabkan polis FRU terpaksa berkawal.



Mengambil kesempatan jual ais krim.


Bersama bekas rakan sekerja Naza Rambo. Aktivis PAS.



Ini Ashadi aktivis UMNO dan BN.


Kawan-kawan lama Zul, Farid dan Harry.


Pada 25 April 2010 telah berlangsungnya Pilihanraya kecil Hulu Selangor yang melibatkan kampung saya Kampung Seri Keledang dan kampung isteri saya di Rumah Awan 2, Hulu Bernam. Berikut adalah gambaran yang sempat dirakamkan.

Monday, April 19, 2010

Duit Jepun zaman Perang Dunia Kedua.


Masa tengah selongkar almari ayah, saya telah terjumpa satu uncang yang berisi kertas. Bila dibuka rupanya uncang itu mengandungi banyak wang kertas Jepun 10 Dollar yang digunakan pada masa Jepun memerintah Malaya zaman Perang Dunia Kedua. Mak cakap duit itu asalnya seguni tapi yang ini sahaja yang masih tinggal. Itupun sudah dimakan ulat.

Monday, April 5, 2010

Yasmin belajar merangkak dan duduk.

Siapa kata saya tak boleh duduk ? Tengok saya dah duduk. ( Tapi untuk 10 saat saja. )

Tengok ni saya merangkak. ( Merangkak sekejap kemudian jatuh balik. )

Cubaan untuk merangkak.

Yasmin sekarang dah masuk 10 bulan. Dia dah boleh duduk dan merangkak tapi tak berapa pandai lagi. Ni saya nak tunjukkan aksi dia belajar duduk dan merangkak.

Duit lama Ayah.



Saya telah terjumpa duit lama arwah Ayah semasa mengemas laci. Nilai duit itu 50 sen dan 20 sen. 50 sen dikeluarkan pada tahun 1954 mempunyai gambar Queen Elizabeth dan 20 sen dikeluarkan pada tahun 1950 mempunyai gambar King George.