Sunday, January 30, 2011

Usaha menterjemah kitab tulisan Jawi lama ke tulisan Rumi Moden

Kitab Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Munyatul Mussoli yang telah diterjemah oleh Ustaz Haji Wan Mohd Saghir.


Kitab versi asal Kashaful Asrar dan versi yang telah diterjemah oleh Ustaz Amdan Bin Hamid.


Kitab versi asal Furu' Al Masail dan versi yang telah diterjemah oleh Y.Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz.


Seiring dengan peredaran dan permodenan dunia yang semakin berterusan. Semakin banyaklah kazanah lama yang mula ditelan zaman. Antaranya ialah kitab tulisan Jawi Lama. Ini kerana bilangan mereka yang pandai membaca Jawi sudah boleh dibilang dengan jari. Lantaran itu usaha untuk menterjemah kitab Jawi Lama ke tulisan Rumi Moden amat dialu - alukan.
Saya ada menyimpan beberapa kitab Jawi Lama yang telah diterjemah ke Rumi Moden ini. Antaranya ialah Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Munyatul Mussoli yang diterjemah oleh Ustaz Haji Wan Mohd Saghir. Difahamkan banyak lagi kitab Jawi Lama yang telah diterjemah oleh Ustaz Wan Mohd Saghir melalui Syarikatnya Kazanah Fataniah. Beliau juga merupakan pewaris kepada Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani.
Kitab yang seterusnya yang ada dalam simpanan saya ialah Kasyaful Asrar karya Sheikh Muhammad Salleh Al Mengkabui yang diterjemah oleh Ustaz Amdan Bin Ahmad. Kitab ini amat terkenal bagi mereka yang belajar ilmu tasauf. Saya turut menyimpan kitab versi asal yang bertulisan Jawi.
Kitab seterusnya merupakan kitab terkini yang telah diterjemah ke tulisan Rumi Moden iaitu Furu' Al Masail karya Sheikh Daud Bin Abdullah Al Fatani dan diterjemah oleh ulama tersohor iaitu Y.Bhg Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz. Saya juga berjaya mendapatkan versi asal kitab ini melalui pembelian secara online. Kitab ini merupakan kitab yang perlu dimiliki oleh Umat Islam kerana ia menerangkan banyak hal berkaitan masaalah agama yang kadang-kadang sukar untuk kita mendapat jawabannya. Berdasarkan pada kitab versi asal Furu' Al Masail saya dapati apa yang diterjemah oleh Y.Bhg Datuk hanya lebih kurang suku daripada keseluruhan kitab ini. Walaubagaimanpun Y.Bhg Datuk telah memaklumkan beliau akan meyambung usaha untuk menterjemah kitab ini lagi. Oleh itu marilah kita berdoa dan memberikan sokongan kepada Y.Bhg Datuk agar usaha beliau mendapat kejayaan.
Kita juga berharap agar ramai lagi golongan ilmuan yang berusaha menterjemah kitab Jawi Lama yang kepada tulisan Rumi Moden sebelum kitab ini pupus macam dinosaur pada zaman Jurasik.

Sunday, January 16, 2011

Berkelah di Port Dickson


Lain kali bolehlah kita pergi PD lagi ya ?

Nak minum air ?


Merenung jauh masa depan.



Yasmin bersama sepupunya.


Yasmin bersama Abahnya.












Aksi Yasmin di pantai.





Ini Zura adik ipar saya.








Kalau di laut ni kanak-kanaklah yang paling seronok.

Pada hari Ahad 15 Januari 2011. Saya telah berkelah bersama keluarga isteri saya di Port Dickson. Kali ini saya membawa anak sulung saya Nur Yasmin Qistina. Seronoknya Yasmin mandi laut untuk pertama kalinya. Mula-mula dia rasa takut tapi lama kelamaan tak mau naik pula.