Sunday, June 16, 2013

Majalah komik untuk remaja Islam.


 Majalah Fitrah edisi 1 dan 2.


 Poster Maher Zain dalam edisi 1.


Poster Ustaz Don dalam edisi 2.


Kisah Al Khawarizmi dalam edisi 2.

Terdapat sebuah lagi komik berunsur Islam di pasaran. Komik ini diberi nama Fitrah yang mensasarkan golongan remaja tapi sesiapapun boleh membacanya kerana banyak ilmu di dalamnya. Diterbitkan setiap tiga bulan mulai Januari lalu dan telah masuk edisi yang kedua. Setiap keluaran dibahagikan kepada berbagai bidang ilmu seperti fekah, tauhid, tulisan jawi, bahasa Arab, perbincangan dan kisah tokoh - tokoh Islam. Yang menariknya dalam edisi kedua terdapat kisah tokoh matematik Al Khawarizmi. Insan yang memberi ilham untuk saya menamakan anak lelaki saya. Setiap keluaran juga disertakan poster tokoh terkenal seperti Maher Zain dalam edisi pertama dan Ustaz Don dalam edisi kedua.

Saturday, June 15, 2013

Wajah terbaru Firas.









Inilah wajah terbaru putera kesayangan saya Firas Khurizmi. Rambutnya baru dipotong pendek. Sekarang barulah nampak macam lelaki macho.