Showing posts with label kampung. Show all posts
Showing posts with label kampung. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Perjumpaan penduduk lama dan baru SKC 2013.


 Berkumpul di depan masjid.


 Tok Tan bercerita kisah lama dengan Mak Cik Salmah.


 Abang Zaha, Abang Nan dan Abang Wok mengimbau kisah lalu.


Abang Joi juga rancak bersembang dalam rumah.

Pada 25 Ogos 2013 bersamaan 18 Syawal 1434 telah berlangsung perjumpaan penduduk Kampung Seri Keledang dengan keluarga bekas pekerja SKC. Majlis berlangsung di Masjid Jamaatul Asma Al Husna Kampung Seri Keledang. Ramai juga orang - orang lama SKC yang datang antaranya keluarga Pak Din Bulldozer, Pak Mail Kugiran , keluarga Pak Nuzi , Umar Tridi , Joi Din Tarzan , keluarga Tok Mat Panjang , Zainal Pak Pandak dan lain - lain lagi. Masa jumpa Abang Umar dia beritahu yang ayahnya Pak Tridi yang juga dikenali dengan Cik Abang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2013. Takziah diucapkan.

Tuesday, May 15, 2012

Perjumpaan penduduk baru dan lama Kampung Seri Keledang ( SKC )



Berkumpul di bekas panggung wayang jam 3 petang.


 Hiasan pentas acara.




 Acara mewarna untuk kanak-kanak.


Acara meraut lidi untuk wanita.


 Acara sepak raga bulatan.



 Berkumpul untuk acara malam pula.





Bergambar untuk kenangan.

Pada 5 Mei 2012 diadakan majlis perjumpaan penduduk-penduduk lama dan baru Kampung Seri Keledang@SKC di panggung wayang lama SKC. Perjumpaan ini dibuat untuk kali yang ketiga. Ini merupakan kali pertama saya dapat meluangkan masa untuk perjumpaan kali ini. Acara diadakan pada sebelah petang dan malam. Oleh kerana kesibukan tugas dan masalah teknikal maka saya terlewat untuk masukkan gambar-gambar dalam blog ini.

Sunday, August 14, 2011

Majlis berbuka puasa bersama belia Kampung Seri Keledang.



 En Rosman dan Pn Zahana bersama Dato' Idris.

 


Antara belia Kampung Seri Keledang yang hadir.

Pada 12 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadan 1432 telah berlansungnya Majlis Berbuka Puasa anjuran Belia dan Beliawanis Kampung Seri Keledang. Majlis berlangsung di Restoren Beriyani Gam Prima, Tanjong Malim. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada En. Rosman, En. Hamizi, Pn. Zahana dan semua belia dan beliawanis Kampung Seri Keledang kerana berjaya menganjurkan majils yang dapat memupuk semangat setiakawan belia dan beliawanis Kampung Seri Keledang.

Wednesday, February 23, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Seri Keledang.


Acara dimulakan dengan bacaan Al Quran dan terjemahan.


Antara tetamu yang hadir.


Bahagian luar Masjid.


Kain rentang acara majlis sambutan.


Cicak kobing ini turut menjadi tetamu majlis,


Pengacara majlis En. Mazlan Yunan.


Nyanyian nasyid oleh murid Sekolah Rendah Kg Seri Keledang.


Tuan Haji Shukor Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN memberikan ucapan.


Ustaz Hasbi dari UPSI menyampaikan ceramah.


Yasmin tidur lena dipangkuan Mama dalam hiruk-pikuk majlis.

Pada 18 Februari 2011M bersamaan 15 Rabiul Awal 1432H lalu Kampung Seri Keledang telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Pada majlis ini saya telah menyumbangkan seekor kambing untuk aqiqah anak saya Yasmin, namun kenduri aqiqah untuk Yasmin telah diadakan pada sebelah malam sebelumnya. Ini kerana untuk acara pagi En Ridzwan telah menyumbangkan seekor kerbau yang juga dengan niat aqiqah.
Acara bermula dengan perarakan memuji Rasulullah yang diadakan daripada Balai Raya SKC Jaya hingga Masjid Kampung Seri Keledang. Majlis juga turut diserikan dengan bacaan Al Quran dan terjemahan serta nasyid oleh murid sekolah rendah. Kemudian diserikan dengan ceramah. Majlis berakhir dengan jamuan makan.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha.

Ini ekor lembu kalau buat sup boleh tambah power woooooo.............

Kepala lembu tidak ketinggalan untuk dijadikan lauk.

Daging yang siap disiang akan ditimbang sebelum diagihkan.

Ambil gambar buat kenangan. Jangan lupa masuk blog atau FB.

Kanak-kanak penyeri majlis.

Siap untuk disiang menjadi lebih kecil.

Kerja-kerja melapah kulit lembu.

Keadaan lembu setelah disembelih.

Lembu sedang disembelih.

Acara menumbangkan lembu.


Pada 10 Zulhijjah 1431 bersamaan 17 November 2010 saya balik ke Kampung Seri Keledang untuk menyambut perayaan Hari Raya Haji yang juga dikenali sebagai Aidil Adha. Perkara yang bersangkutan dengan Hari Raya Haji ialah ibadah korban yang berlangsung selepas solat sunat Aidil Adha. Pada tahun ini 3 ekor lembu dan seekor kerbau telah disumbangkan untuk ibadah korban. Moga Allah SWT memberkati siapa yang memberi sumbangan untuk ibadah korban ini dan juga seluruh penduduk Kampung Seri Keledang.

Wednesday, September 22, 2010

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Kampung.

Bersama Rosman Mohd Din bekas rakan sekolah. Muka Man tak banyak berubah.

Sungguh anggun pemuda berbaju Melayu.

Bersama Hamizi Mohd Nor orang kuat kampung.

Bersama barisan pemuda-pemuda kampung yang macho.

Walaupun akak ni kurang bernasib baik, bakatnya dalam bidang nyanyian memukau hadirin.

Ni yang dikatakan mak mertua lalupun tak nampak.

Bonda tersayang menikmati juadah bersama rakan kaum ibu yang lain.

Jangan berebut-rebut semua dapat.

Hiasan pelita panjut tidak dilupakan.

Penduduk kampung berkumpul di Panggung SKC.

Pada 22 September 2010 bersamaan 13 Syawal 1431, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran warga Kampung Seri Keledang dan SKC Jaya. Majlis berlangsung di Panggung SKC berhampiran padang bola. Majlis bermula jam 8:00 malam.