Monday, April 16, 2012

Kitab Perukunan.


Kitab Perukunan versi lama, baru dan rumi.


Bahagian dalam kitab versi lama.


Bahagian dalam kitab versi baru.


Bahagian dalam kitab versi rumi.

Kitab Perukunan merupakan kitab rujukan yang sering digunakan untuk belajar dan mengajar Ilmu Fekah oleh guru-guru Agama Islam dulu. Kitab ini juga digunakan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. Di rumah mak saya ada tersimpan kitab Perukunan ini dalam dua versi. Versi lama menggunakan kertas yang kasar dan kekuningan dan tulisan juga sukar untuk dibaca. Versi baru pula menggunakan kertas licin dan berlatarbelakang warna merah jambu. Sekarang telah ada pula versi rumi yang diterbitkan oleh Al Hidayah Publisher. Kitab ini dikarang oleh Sheikh Muhammad Arsyad dan diterjemah ke tulisan rumi oleh Ustazah Noraine Abu. Versi rumi boleh dibeli melalui www.hidayah.com.my sementara versi jawi mungkin boleh dibeli di kedai-kedai menjual kitab agama.

3 comments:

  1. Assalam Zali,

    Kitab tu ada dimana sekarang?. Saya nak tahu kalau boleh diuploadkan bahagian do'a Sayyidina Akashah yang dalam tulisan jawi tu. Arwah mak saya punya tak tau letak dimana selepas pindah.

    T kasih.

    Zol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WSalam Zol, Kitab Jawi tu kepunyaan mak saya dan ada dalam simpanan dia. Yang Rumi tu saya punya dan beli melalui laman web yang saya nyatakan dalam artikel ini.

      Delete
  2. T kasih Zali, nanti saya cuba cari di Jln Masjid India, kalau ada rezeki InsyaAllah jumpa.

    ReplyDelete