Thursday, September 23, 2010

Kad Selamat Hari Raya.

Kad daripada DYMM Raja Perlis dan DYMM Sultan Pahang.

Kad ini daripada YAB Dato' Menteri Besar Kedah dan YAB Dato' Menteri Besar Kelantan.

Kad daripada DYMM Al Muttawakil Sultan Johor.
Kad daripada Pemangku Sultan Terengganu. Baginda merupakan pemangku Sultan termuda.

Kad daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Kad daripada YAB Perdana Menteri Malaysia.

Kad Selamat Hari Raya yang saya terima tahun ini.

Walaupun mengirim kad uacapan Selamat Hari Raya dianggap ketinggalan zaman pada masa kini memandangkan teknologi yang semakin canggih, namun tradisi itu tetap saya teruskan juga.
Tapi saya hanya kirim kad kepada pembesar - pembesar negara dan negeri sahaja. Kalau saya kirim kad pada kawan - kawan tentu mereka ketawa. Lagipun saya rasa hanya orang - orang besar ini yang pasti membalas kad kiriman saya. Tahun ini saya kirim kad tak banyak memandangkan kos stem yang semakin meningkat. Teringat zaman sekolah rendah dulu saya dan kawan -kawan sering menghantar kad Selamat Hari Raya sesama sendiri.

Wednesday, September 22, 2010

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri di Kampung.

Bersama Rosman Mohd Din bekas rakan sekolah. Muka Man tak banyak berubah.

Sungguh anggun pemuda berbaju Melayu.

Bersama Hamizi Mohd Nor orang kuat kampung.

Bersama barisan pemuda-pemuda kampung yang macho.

Walaupun akak ni kurang bernasib baik, bakatnya dalam bidang nyanyian memukau hadirin.

Ni yang dikatakan mak mertua lalupun tak nampak.

Bonda tersayang menikmati juadah bersama rakan kaum ibu yang lain.

Jangan berebut-rebut semua dapat.

Hiasan pelita panjut tidak dilupakan.

Penduduk kampung berkumpul di Panggung SKC.

Pada 22 September 2010 bersamaan 13 Syawal 1431, telah diadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri anjuran warga Kampung Seri Keledang dan SKC Jaya. Majlis berlangsung di Panggung SKC berhampiran padang bola. Majlis bermula jam 8:00 malam.

Tuesday, September 14, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri.

Yasmin bersama Atuk, Fatin dan Irfan.

Yasmin bersama Abah.

Tengok tu, cantiknya.

La la la mari kita berlari.

Yasmin dan Irfan.

Wajah terbaru Yasmin.

Salam Aidil Fitri diucapkan kepada semua pembaca blog ini. Lama betul tak kemaskini blog. Maklumlah terlalu sibuk dengan komitmen tugas dan keluarga. Lagipun saya rasa tak ada bahan yang menarik yang nak saya paparkan. Kali ini saya paparkan gambar terbaru anak saya Yasmin yang sekarang ini dah boleh berlari. Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf andai ada terkasar bahasa dan menyinggung perasaan pembaca semua. Maaf zahir batin. Kepada pembaca luar negara Selamat datang diucapkan. Tak sangka ramai juga pelawat dari luar negara yang berkunjung ke blog ini.