Sunday, October 28, 2012

Apa sudah jadi dengan komik ini ?



Apa yang terjadi pada komik berunsur dakwah ini ? Komik ini mulanya bertajuk Kuliah Ustaz susunan Ustaz Zakaria Talib terbitan VC Kreatif. Diterbitkan selama dua keluaran dan selepas itu tidak terbit selama beberapa bulan. Kemudian muncul semula dengan tajuk Kembara Ustaz penyusunnya bukan lagi Ustaz Zakaria Talib tapi penulisnya terdapat penambahan termasuk seorang pengacara TV3. Tapi selepas itu tak muncul-muncul lagi edisi baru hingga hari ini. Adakah penerbitannya telah diberhentikan ? Kalau diberhentikan apa alasannya ? Sayang kalau komik berunsur dakwah seperti ini tidak diteruskan penerbitannya.

1 comment:

  1. Komik Kembara Ustaz jilid 2 telah berada di pasaran. Rupanya masih bernafas lagi komik ini. Alhamdulillah.........

    ReplyDelete