Wednesday, November 25, 2015

Minat Sukan Yang Digantung


Antara buku-buku bolasepak yang telah didermakan.


Buku ini disimpan dalam fail yang disita.

Memandangkan prestasi bolasepak negara yang semakin lama semakin teruk. Maka saya membuat keputusan menggantung minat saya terhadap bolasepak sehingga ranking bolasepak negara mencecah angka 111 dan ke bawah. Sehubungan itu segala buku-buku yang berkaitan dengan bolasepak dalam dan luar negara telah saya dermakan kepada orang kecuali buku bolasepak Piala Dunia Remaja 97. Ini kerana buku ini akan saya jadikan simbolik terhadap minat saya terhadap bolasepak yang saya simpan dalam fail yang disita. Fail ini akan dibuka setelah ranking bolasepak mencecah 111. Piala Dunia Remaja 97 juga merupakan satu-satunya pentas pasukan bolasepak negara beraksi di peringkat piala dunia setelah menjadi tuan rumah.

Tuesday, November 24, 2015

Radio Kenangan


Inilah radio kecil yang membawa kenangan semasa berkerja di UIAM Gombak dulu. Radio ini menjadi teman sejati semasa mula-mula duduk di rumah bujang. Radio ini juga menjadi penjaga rumah semasa aku tiada di rumah kerana balik kampung atau kerja outstation. Sebabnya aku akan pasang radio ni sepanjang aku tiada di rumah. Tak perlu bimbang litar pintas sebab radio ni menggunakan kuasa bateri. Dah dekat 15 tahun umur radio ni.

Monday, November 23, 2015

Kad Keahlian UMNO Lama Dan Baru


Kad Keahlian UMNO Lama.


Kad Keahlian UMNO Baru.

Inilah kad keahlian UMNO dulu dan sekarang. Bentuk kad lain, dasar perjuangan pun lain.

Sunday, November 22, 2015

Monday, September 16, 2013

Kad Raya 2013


Kad raya yang diterima tahun ini.
 

 Kad raya Sultan dan TYT


Kad raya Yang Dipertuan Agong.
 

Dua keping kad raya daripada TYT Sabah.
 

Kad raya MB dan KM. Tiga daripadanya baru mengangkat sumpah tahun ini.

Pada hari raya tahun ini saya menerima empat belas keping kad raya daripada pembesar - pembesar negara dan negeri. Tahun ini saya menghantar dua puluh keping kad raya. Paling menarik tahun ini ialah kad raya daripada Yang Dipertuan Agong. Saya juga telah menrima dua keping kad raya daripada TYT Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Jauhar Mahiruddin. Terima kasih kepada semua pemimpin yang sudi membalas kad raya yang saya kirimkan.

Saturday, August 31, 2013

Sambutan Hari Kebangsaan 2013


 Berkumpul di hadapan tadika.



 Acara menaikkan bendera kebangsaan dan negeri sambil lagu dinyanyikan.




Menyanyikan lagu Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera.


 Acara baling pundi kacang dalam bakul.


 Acara junjung pundi kacang.


 Walaupun kalah Yasmin boleh junjung pundi kacang tanpa jatuh hingga penamat.


 Junjung pundi kacang untuk bapa-bapa.



Yasmin terima hadiah daripada ADUN Hulu Bernam.

Pada 31 Ogos 2013 bersamaan 24 Syawal 1434 berlangsung sambutan Hari Kebangsaan merangkap Hari Sukan dan jamuan Hari Raya di Tadika Kiambang Bertaut Hulu Bernam iaitu tempat Yasmin bersekolah. Dalam acara sukan Yasmin masuk dua acara iaitu baling pundi kacang dalam bakul dan junjung pundi kacang. Saya juga masuk acara junjung pundi kacang untuk bapa-bapa.
Bla lihat sambutan Hari Kebangsaan ni saya teringat pada zaman kegemilangan SKC dulu. Tiap-tiap tahun ada acara sambautan yang sangat meriah di Kampung.

Monday, August 26, 2013

Perjumpaan penduduk lama dan baru SKC 2013.


 Berkumpul di depan masjid.


 Tok Tan bercerita kisah lama dengan Mak Cik Salmah.


 Abang Zaha, Abang Nan dan Abang Wok mengimbau kisah lalu.


Abang Joi juga rancak bersembang dalam rumah.

Pada 25 Ogos 2013 bersamaan 18 Syawal 1434 telah berlangsung perjumpaan penduduk Kampung Seri Keledang dengan keluarga bekas pekerja SKC. Majlis berlangsung di Masjid Jamaatul Asma Al Husna Kampung Seri Keledang. Ramai juga orang - orang lama SKC yang datang antaranya keluarga Pak Din Bulldozer, Pak Mail Kugiran , keluarga Pak Nuzi , Umar Tridi , Joi Din Tarzan , keluarga Tok Mat Panjang , Zainal Pak Pandak dan lain - lain lagi. Masa jumpa Abang Umar dia beritahu yang ayahnya Pak Tridi yang juga dikenali dengan Cik Abang telah meninggal dunia pada 18 Ogos 2013. Takziah diucapkan.