Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Sambutan Hari Kebangsaan 2013


 Berkumpul di hadapan tadika.



 Acara menaikkan bendera kebangsaan dan negeri sambil lagu dinyanyikan.




Menyanyikan lagu Tanggal 31 sambil mengibarkan bendera.


 Acara baling pundi kacang dalam bakul.


 Acara junjung pundi kacang.


 Walaupun kalah Yasmin boleh junjung pundi kacang tanpa jatuh hingga penamat.


 Junjung pundi kacang untuk bapa-bapa.



Yasmin terima hadiah daripada ADUN Hulu Bernam.

Pada 31 Ogos 2013 bersamaan 24 Syawal 1434 berlangsung sambutan Hari Kebangsaan merangkap Hari Sukan dan jamuan Hari Raya di Tadika Kiambang Bertaut Hulu Bernam iaitu tempat Yasmin bersekolah. Dalam acara sukan Yasmin masuk dua acara iaitu baling pundi kacang dalam bakul dan junjung pundi kacang. Saya juga masuk acara junjung pundi kacang untuk bapa-bapa.
Bla lihat sambutan Hari Kebangsaan ni saya teringat pada zaman kegemilangan SKC dulu. Tiap-tiap tahun ada acara sambautan yang sangat meriah di Kampung.

Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Jabatan Pembangunan.


Persediaan sebelum berbuka puasa. 


 Bersama puteri tersayang.


Timbalan Pengarah Pembangunan 2, En. Ajihar bersama keluarga turut hadir dalam majlis ini.


 Antara kakitangan yang hadir di majlis ini.


En. Fairul Nizam dan En. Shaharul Naim orang yang berusaha keras memastikan majlis ini berjaya.

Pada 25 Ogos 2011M, bersamaan 25 Ramadan 1432H telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Bermaaf - maafan bersama kakitangan Jabatan Pembangunan, UPSI yang berlangsung di kedai makan Sinaran Baru Tomyam atau dahulunya dikenali sebagai Fajar Tomyam, Tanjong Malim. Majlis turut dihadiri En. Ajihar Timbalan Pengarah 2, Jabatan Pembangunan dan En. Shaharuddin, Jurutera Kanan Elektrik. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada En. Fairul Nizam dan En. Shaharul Naim kerana menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

Monday, July 4, 2011

Anugerah Khidmat Cemerlang.


 Terima anugerah daripada Dato' Naib Canselor. ( Maaf gambar tak jelas. )


Bersama ieteri tersayang. Kejayaan suami tidak akan tercapai tanpa dorongan isteri. 



Pada 24 Jun 2011 telah berlangsung majlis penyampain Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk kakitangan UPSI. Seramai 116 orang daripada pelbagai Jabatan dan Fakulti telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut dan salah seorangnya adalah saya. Tahniah kepada semua penerima anugerah.Pada mereka yang tak dapat anugerah janganlah kecewa kerana rezeki anda belum sampai lagi. Lagipun anugerah ini sebenarnya adalah kecil berbanding anugerah Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba - hambanya yang soleh dan solehah di akhirat nanti.

Saturday, April 23, 2011

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Syair Radio Klasik Nasional.


Bahagian luar Wisma Radio. 



                                                 
                        Bergambar di ruang legar Auditorium P.Ramlee.                  



 Pentas acara majlis.


Pengacara majlis memulakan acara.



Ucapan Pengurus Klasik Nasional, Tuan Haji Chuari Bin Selamat.



 
 

Aksi-aksi Salwa Abdul Rahman dan Nasir Wahab melagukan syair.



 Dr. Badrul Bin Bahaman memberikan ulasan tentang syair yang menyertai pertandingan.


 Bersama para pemenang pertandingan.

 

Majlis penyampaian hadiah bermula.



Bergambar bersama para VIP di atas pentas.



Bersama Salwa Abdul Rahman dan Nasir Wahab.


Bersama Johan Pertandingan Tuan Haji Marwar Bin Abdul Kadir dan isteri.

Pada 16 April 2011 saya dan isteri pergi ke Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mengarang Syair 16 Rangkap Bertemakan Cerita Lagenda dan Sejarah Tanah Air. Saya telah memenangi hadiah saguhati bernilai RM300 dan ada hadiah sampingan yang lain. Saya tak sangka menangpun kerana menurut ulusan juri pertandingan terdapat lebih 300 penyertaan dalam pertandingan ini. Kira macam menang nasiblah ni. Lagipun saya tak tahu syair mana yang menang kerana saya hantar dua bentuk syair untuk menyertai pertandingan ini. Syair yang telah saya hantar ada saya kirimkan dalam blog lepastensyen.blogspot.com.

Berikut adalah senarai nama pemenang pertandingan:

Tempat Pertama: Tuan Haji Marwar Bin Abdul Kadir dari Skudai, Johor.

Tempat Kedua: Farah Nazmin Binti Kamarudin dari Puchong, Selangor.

Tempat Ketiga: Wan Elias Bin Wan Mahat dari Marang, Terengganu.

Hadiah Saguhati:  1) Mohd Ghazali Bin Shapiie. ( Sayalah)
                           2) Jamilah Binti Abdullah dari Cheras, Kuala Lumpur.
                           3) Tuan Haji Sapari Bin Haji Yunus dari Batu Pahat, Johor.
                           4) Kamariah Binti Sidek dari Masjid Tanah, Melaka.
                           5) Farhana Dhamirah Binti Ismail dari Seremban, Negeri Sembilan.


Sunday, June 13, 2010

Reunion kawan-kawan form six.

Acara dimulakan dengan doa Ustaz Zayyat.


Bersantai di wakaf depan rumah Bad.


Ikhwan@Nanda mencedok gulai untuk honeynya.


Ini Fauzi yang terpaksa balik awal.


Kumpulan kaum ibu.




Kumpulan kaum bapa.


Kenapalah Ikhwan melenting ni ?


Gambar ini malaplah pula.




Kawan-kawan form 6 yang sempat hadir pada majlis reunion.


Kek hari jadi Ustaz Zayyat.


Ustaz Zayyat memotong kek tanda pertambahan usia.


Pada 13 Jun 2010 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1413 telah berlangsungnya majlis reunion di rumah ibu Hairul Badri atau dikenali sebagai Bad. Di Kampung Klan 1, Slim River. Seramai 13 orang rakan-rakan lama form 6 yang hadir pada majlis ini bersama keluarga masing-masing. Pada majlis ini juga diraikan hari jadi Zayyat Aqbal. Terima kasih diucapkan kepada Bad sekeluarga yang sudi menjadi tuan rumah untuk acara ini.