Saturday, April 23, 2011

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Syair Radio Klasik Nasional.


Bahagian luar Wisma Radio. 



                                                 
                        Bergambar di ruang legar Auditorium P.Ramlee.                  



 Pentas acara majlis.


Pengacara majlis memulakan acara.



Ucapan Pengurus Klasik Nasional, Tuan Haji Chuari Bin Selamat.



 
 

Aksi-aksi Salwa Abdul Rahman dan Nasir Wahab melagukan syair.



 Dr. Badrul Bin Bahaman memberikan ulasan tentang syair yang menyertai pertandingan.


 Bersama para pemenang pertandingan.

 

Majlis penyampaian hadiah bermula.



Bergambar bersama para VIP di atas pentas.



Bersama Salwa Abdul Rahman dan Nasir Wahab.


Bersama Johan Pertandingan Tuan Haji Marwar Bin Abdul Kadir dan isteri.

Pada 16 April 2011 saya dan isteri pergi ke Auditorium P.Ramlee, Angkasapuri, Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mengarang Syair 16 Rangkap Bertemakan Cerita Lagenda dan Sejarah Tanah Air. Saya telah memenangi hadiah saguhati bernilai RM300 dan ada hadiah sampingan yang lain. Saya tak sangka menangpun kerana menurut ulusan juri pertandingan terdapat lebih 300 penyertaan dalam pertandingan ini. Kira macam menang nasiblah ni. Lagipun saya tak tahu syair mana yang menang kerana saya hantar dua bentuk syair untuk menyertai pertandingan ini. Syair yang telah saya hantar ada saya kirimkan dalam blog lepastensyen.blogspot.com.

Berikut adalah senarai nama pemenang pertandingan:

Tempat Pertama: Tuan Haji Marwar Bin Abdul Kadir dari Skudai, Johor.

Tempat Kedua: Farah Nazmin Binti Kamarudin dari Puchong, Selangor.

Tempat Ketiga: Wan Elias Bin Wan Mahat dari Marang, Terengganu.

Hadiah Saguhati:  1) Mohd Ghazali Bin Shapiie. ( Sayalah)
                           2) Jamilah Binti Abdullah dari Cheras, Kuala Lumpur.
                           3) Tuan Haji Sapari Bin Haji Yunus dari Batu Pahat, Johor.
                           4) Kamariah Binti Sidek dari Masjid Tanah, Melaka.
                           5) Farhana Dhamirah Binti Ismail dari Seremban, Negeri Sembilan.


No comments:

Post a Comment