Sunday, March 20, 2011

Yang dicari telah ditemui.


Sudah lama saya idam untuk mencari kitab Usulut Tahkik versi Rumi Moden agar saya dapat ketahui ilmu yang terdapat dalam kitab ini. Kitab versi asal bertulisan Jawi dan menggunakan bahasa lama. ( Di tengah. ) Agak sukar difahami kerana tulisan Jawinya agak halus dan bahasanya mungkin menggunakan loghat Patani. 
Saya berjaya membeli kitab yang menggunakan tulisan Rumi Moden dan menggunakan bahasa Melayu yang mudah. ( Sebelah kanan. ) Selain itu saya juga membeli kitab huraian tambahan kepada Usulut Tahkik yang berbentuk soal jawab. ( Sebelah kiri. )
Kitab Usulut Tahkik ini sememangnya sinonim dalam hidup saya kerana kitab inilah yang menjadi teks pengajian ayah saya dengan Tuan Guru Imam Ahmad jadi saya amat gembira bila memilikinya kerana ini bererti saya dapat mewarisi ilmu peninggalan arwah ayah saya. Cuma saya rasa saya perlu mencari seorang guru yang boleh menghuraikan ilmu di dalam buku ini kerana terdapat beberapa persoalan yang rumit untuk difahami.
Saya berdoa kepada Allah SWT agar saya dapat menemuinya kerana anggapan yang salah boleh membuatkan kita tersesat.

No comments:

Post a Comment