Monday, February 7, 2011

Usaha menghidupkan tulisan Jawi.


Sebagai maklumbalas kepada Saudara AzizMustofa yang membuat komen pada topik 'Usaha menterjemah kitab Jawi Lama kepada tulisan Rumi Moden.' Saudara Aziz ada menyatakan yang orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di bumi Jawi. Oleh itu saya menyarankan agar orang Melayu membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin. Ini kerana pada setiap hari Isnin terdapat sisipan akhbar Utusan Melayu Mingguan iaitu satu-satunya akhbar bertulisan Jawi yang masih diterbitkan. Dulu ahkbar ini diterbitkan setiap hari namun dihentikan kerana kurang sambutan.
Adalah diharapkan dengan sokongan kita orang Melayu akhbar ini akan diterbitkan semula setiap hari dan diharapkan juga akan ada lagi bahan bacaan lain bertulisan Jawi diterbitkan di negara kita. Kalau orang Melayu tak sokong budaya sendiri siapa lagi nak sokong.

2 comments:

  1. Bangun (Bani) Jawi!
    -
    http://typophile.com/node/74436

    ReplyDelete
  2. Akhbar Utusan Melayu Mingguan ini boleh juga dbaca secara online di www.utusan.com.my. Akhbar ini disediakan secara percuma.

    ReplyDelete