Friday, February 4, 2011

Kitab lama peninggalan ayah.


Masa membelek nak kemaskan almari buku di kampung terjumpalah empat buah kitab lama bertulisan Jawi ini. Kitab lama ini merupakan kitab yang pernah digunakan oleh arwah ayah saya semasa penagajian ilmu di masjid. Antara kitab ini ialah Kitab Bekalan Pelajar dan Usulut Tahkik dan dua lagi saya tak berapa tahu apa tajuknya. Kitab ini menggunakan gaya bahasa dan cara penulisan Jawi Lama. Oleh itu ia sukar difahami tambah pula kepada mereka yang langsung tak boleh baca tulisan Jawi. Dalam banyak-banyak kitab ini kitab Usulut Tahkik yang paling memberi kesan pada saya kerana ia mengingatkan saya pada gurunya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad. Kalau orang lama SKC dan Kampung Seri Keledang pasti kenal akan beliau. Merupakan seorang Tuan Guru yang zuhud lagi tidak kenal jemu dalam menyampaikan ilmu. Datang mengajar dengan hanya menaiki bas dan pernah membawa bekal makanan sendiri ketika mengajar kerana orang ditempat dia mengajar tidak melayan kedatangannya. Berbanding dengan guru sekarang yang datang dengan kereta dan mendapat imbuhan lumayan setiap kali mengajar. Tuan Guru Imam Ahmad mengajar di Kampung Seri Keledang, Kampung Alah Batu dan Estet Lima Belas hingga akhir hayatnya. Semoga Allah SWT mencuri rahmat ke atas beliau dan begitu juga kepada arwah ayah saya.

No comments:

Post a Comment