Tuesday, June 22, 2010

Pokok anggur mak berbuah.

Inilah rupa buah anggur mak.


Pokok anggur dari pandangan jauh.


Ini bunga buah naga.

Pada hujung minggu lalu saya balik ke kampung mak saya di Seri Keledang. Mak saya beritahu yang pokok anggur ditanamnya sudah mula mengeluarkan buah. Sayapun tanpa berlengah lagi mengambil gambar untuk tatapan semua dalam blog ini. Sebelum ini saya hanya dengar cerita mengenai pokok anggur yang tumbuh di Malaysia, tapi kini saya dapat lihat dengan mata kepala sendiri. Ini membuktikan tiada suatu yang mustahil di dalam dunia ini jika ia diizinkan Allah SWT. Saya turut menagambil gambar bunga buah naga. Memang susah nak ambil gambar bunga buah naga kerana ia hanya berkembang dalam masa sehari dan kecut pada esok harinya.

No comments:

Post a Comment