Pada hujung minggu lalu saya balik ke kampung mak saya di Seri Keledang. Mak saya beritahu yang pokok anggur ditanamnya sudah mula mengeluarkan buah. Sayapun tanpa berlengah lagi mengambil gambar untuk tatapan semua dalam blog ini. Sebelum ini saya hanya dengar cerita mengenai pokok anggur yang tumbuh di Malaysia, tapi kini saya dapat lihat dengan mata kepala sendiri. Ini membuktikan tiada suatu yang mustahil di dalam dunia ini jika ia diizinkan Allah SWT. Saya turut menagambil gambar bunga buah naga. Memang susah nak ambil gambar bunga buah naga kerana ia hanya berkembang dalam masa sehari dan kecut pada esok harinya.
Jaminan saya untuk pembaca blog : Setiap gambar dan artikel yang terdapat dalam blog ini adalah 100% asli.
Tuesday, June 22, 2010
Pokok anggur mak berbuah.
Sunday, June 13, 2010
Reunion kawan-kawan form six.
Pada 13 Jun 2010 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1413 telah berlangsungnya majlis reunion di rumah ibu Hairul Badri atau dikenali sebagai Bad. Di Kampung Klan 1, Slim River. Seramai 13 orang rakan-rakan lama form 6 yang hadir pada majlis ini bersama keluarga masing-masing. Pada majlis ini juga diraikan hari jadi Zayyat Aqbal. Terima kasih diucapkan kepada Bad sekeluarga yang sudi menjadi tuan rumah untuk acara ini.
Wednesday, June 9, 2010
Buah kelapa bertunas empat.
Pada waktu pagi selepas sembahyang subuh. Mak saya memanggil saya dengan nada cemas. Mulanya saya sangka ada bintang berbisa masuk rumah tapi bila saya dapatkan mak saya diapun menunjukkan sabut kelapa yang mempunyai empat tunas dan tubung yang bercabang empat. Kata mak saya sudah lebih 70 tahun dia hidup inilah pertama kali dia jumpa buah kelapa yang semacam ini. Sayapun inilah pertama kali melihatnya. Inilah petanda kebesaran kuasa Allah SWT.
Subscribe to:
Posts (Atom)