Monday, April 16, 2012

Kitab Perukunan.


Kitab Perukunan versi lama, baru dan rumi.


Bahagian dalam kitab versi lama.


Bahagian dalam kitab versi baru.


Bahagian dalam kitab versi rumi.

Kitab Perukunan merupakan kitab rujukan yang sering digunakan untuk belajar dan mengajar Ilmu Fekah oleh guru-guru Agama Islam dulu. Kitab ini juga digunakan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. Di rumah mak saya ada tersimpan kitab Perukunan ini dalam dua versi. Versi lama menggunakan kertas yang kasar dan kekuningan dan tulisan juga sukar untuk dibaca. Versi baru pula menggunakan kertas licin dan berlatarbelakang warna merah jambu. Sekarang telah ada pula versi rumi yang diterbitkan oleh Al Hidayah Publisher. Kitab ini dikarang oleh Sheikh Muhammad Arsyad dan diterjemah ke tulisan rumi oleh Ustazah Noraine Abu. Versi rumi boleh dibeli melalui www.hidayah.com.my sementara versi jawi mungkin boleh dibeli di kedai-kedai menjual kitab agama.

Friday, March 16, 2012

Buku Bacaan Jawi Untuk Kanak-kanak.


 Kulit buku bacaan.


Terdapat nama dan alamat Pustaka San Ming di dalam buku ini.


Isi kandungan buku.

Entah macam mana saya boleh terjumpa tiga buah buku yang saya rasa agak menarik untuk dipaparkan dalam blog ini untuk tatapan semua. Buku tersebut ialah buku bacaan Jawi untuk kanak-kanak. Buku ini bertajuk Arnab Dengan Kambing, Burung Helang Dengan Siput dan Burung Punai Dengan Semut.
Buku ini dikeluarkan pada tahun 1982. Diolah Khusairi Muhammad Rafiie dan tulisan Jawinya ditulis oleh Syed Hasan Idrus. Apa yang menariknya buku ini diterbitkan oleh Pustaka San Ming di Tanjong Malim, Perak. Tak tau pula yang Pustaka San Ming ni pernah terbitkan buku sebab setahu saya San Ming ni hanya jual buku je. Sekarang susah nak cari bahan bacaan bertulisan Jawi macam ni. Kalau adapun hanyalah buku teks Pengajian Agama Islam untuk sekolah rendah.

Monday, March 5, 2012

Muqaddam versi baru.


Kulit depan Muqaddam.


Perbezaan pelajaran Muqaddam.


Perbezaan mushaf Al Quran.

Ketika memesan kitab Penawar Bagi Hati melalui www.jahabersa.com.my saya turut memesan Muqaddam untuk anak saya. Apabila Muqaddam tersebut sampai saya dapati ia berbeza dengan versi lama yang saya gunakan ketika belajar mengaji lebih 30 tahun dulu. Perbezaannya dapat kita lihat pada sukatan pelajarannya.
Perbezaan juga dapat dilihat pada mushaf Al Quran iaitu Muqaddam baru menggunakan Rasm Othmaniah sementara yang lama dalam tulisan Al Quran Majeed. Apapun saya berharap agar anak saya dapat belajar Al Quran dengan baik sebagai bekalan di dunia dan akhirat.

Sunday, March 4, 2012

Kitab Penawar Bagi Hati.


Kitab Penawar Bagi Hati Versi Jawi Dan Rumi.

Mulanya saya tak ambil kisah sangat akan kitab ini tapi selepas mendengar kuliah mingguan yang diadakan di Masjid Hulu Bernam berpandukan kitab ini pada setiap Jumaat saya jadi tertarik. Lalu meminta izin bapa mertua saya untuk membaca kitab ini yang ada dalam simpanannya. Selepas itu saya melayari laman web www.jahabersa.com.my untuk memesan versi ruminya pula. Kitab ini antara kitab yang baik untuk dibaca oleh sesiapa yang berminat mendalami ilmu tasauf.

Saturday, February 25, 2012

Komik berunsur dakwah terbaru.


 Muka depan komik.



Antara isi kandungan komik.

Masa pergi ke kedai majalah baru-baru saya terpandanglah sebuah komik yang cukup menarik. Komik tersebut bertajuk Kuliah Ustaz yang diterbitkan oleh Visi Kreatif Publication Sdn Bhd. Komik ini disusun oleh Ustaz Zakaria Talib ( Ibnu Zakirin. ) Isi kandungannya banyak berunsur dakwah dan ilmiah. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Harganya RM 4.90.

Firas belajar merangkak.







Gambar ni dah lama ambil, tapi baru sekarang ada kesempatan nak masukkan dalam blog. Gambar aksi Firas belajar merangkak. Sekarang dia pandai merangkak tapi tak laju.

Tuesday, January 24, 2012

Berkelah di Teluk Batik.


 Makan sebelum mandi.


 Hai ! Saya Firas.


 Min tengah sedap makan.




 Aktiviti mandi manda.


 Jua dan mak duduk di tepi pantai saja.


 Firas tengah tidur lena.


 Lepas mandi Min sambung makan.





Min main kereta mini yang ada di tepi pantai.

Pada hari Sabtu 14 Januari 2012 kami pergi berkeleh di Teluk Batik. Pertama kali bawa Firas pergi berkelah.