Wednesday, June 9, 2010

Buah kelapa bertunas empat.

Tubung kelapa yang bercabang empat.


Pada sabut kelapa ini kelihatan empat tunas yang muncul.

Pada waktu pagi selepas sembahyang subuh. Mak saya memanggil saya dengan nada cemas. Mulanya saya sangka ada bintang berbisa masuk rumah tapi bila saya dapatkan mak saya diapun menunjukkan sabut kelapa yang mempunyai empat tunas dan tubung yang bercabang empat. Kata mak saya sudah lebih 70 tahun dia hidup inilah pertama kali dia jumpa buah kelapa yang semacam ini. Sayapun inilah pertama kali melihatnya. Inilah petanda kebesaran kuasa Allah SWT.

Thursday, May 20, 2010

Yasmin belajar berjalan.

Tak teh. Tak teh.


Pok amai-amai, belalang kupu-kupu.


Tak lama lagi saya boleh berjalan.


Senyuman memikat hati.


Wah! sukanya anak Abah.


Perkembangan terkini anak saya Yasmin. Sekarang dia sudah boleh berdiri dan belajar berjalan pula. Saya paparkan aksi dia ketika sedang belajar berjalan.

Monday, May 17, 2010

Hari jadi Yasmin dan Abah.

Yasmin bergambar bersama tetamu.

Kek hari jadi yang dibeli oleh Mama.

Birthday Girl and Birthday Guy.

Hadiah Teddy Bear daripada Pak Lang.

Hadiah baju daripada Mak Ngah.

Ini keluarga Pak Lang.

Sedapnya biskut ni.

Sedang menjamu selera.


Acara potong kek hari jadi.

Pada hari Sabtu 16 Mei 2010, telah diadakan majlis meraikan hari jadi Yasmin bersama dengan hari jadi saya. Sebenarnya hari jadi saya jatuh pada 7 Mei sementara Yasmin pula 18 Mei, tetapi saya membuat keputusan untuk meraikan bersama memandangkan ia jatuh pada bulan yang sama. Kini anak saya Yasmin berusia 1 tahun dan saya pula 39 tahun.

Monday, May 3, 2010

Yasmin sudah boleh berdiri.

Yasmin sudah semakin lasak. Tengoklah TV pun hendak dicapai.

Yasmin berdiri tanpa memegang meja.


Yasmin bersama sepupunya.

Anak saya Yasmin akan mencecah setahun pada 18 Mei 2010. Dia sudah boleh duduk dan merangkak. Sekarang belajar berdiri pula. Anak saya sudah semakin dewasa. Terasa saya semakin tua pula.

Sunday, May 2, 2010

Reunion kawan-kawan sekolah.

Amizaizul bersembang dengan kawan-kawan lama.

Menjamu selera sambil mengenang kenangan zaman sekolah.

Bersama bekas rakan sekelas Shukri @ Khairi Osman.

Bergambar ramai-ramai sebelum pulang.

Pada 1 Mei 2010 berlakulah satu peristiwa yang saya rasa amat bersejarah dalam hidup saya iaitu pertemuan dengan kawan-kawan sekolah yang berpuluh-puluh tahun tak jumpa terutamanya Amizaizul yang tidak saya ketemui selama hampir 25 tahun. Semuanya berlangsung di kediaman Anis Suraya di Apartment D'Kiara Puchong. Terima Kasih Anis Suraya dan keluarga yang menganjurkan majlis ini. Patutlah selama ini saya selalu sahaja bermimpi kembali ke zaman sekolah.

Monday, April 26, 2010

Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Perang poster di Rumah Awam 2, Hulu Bernam.




Perang poster di Kampung Seri Keledang.

Peraih undi bersedia memikat pengundi.


Pondok panas kedua-dua parti bertanding. Namun dibuka semula atas arahan SPR.


Peraih undi PKR sedang berkempen.


Peraih undi bagi pihak BN.



Keadaan panas menyebabkan polis FRU terpaksa berkawal.



Mengambil kesempatan jual ais krim.


Bersama bekas rakan sekerja Naza Rambo. Aktivis PAS.



Ini Ashadi aktivis UMNO dan BN.


Kawan-kawan lama Zul, Farid dan Harry.


Pada 25 April 2010 telah berlangsungnya Pilihanraya kecil Hulu Selangor yang melibatkan kampung saya Kampung Seri Keledang dan kampung isteri saya di Rumah Awan 2, Hulu Bernam. Berikut adalah gambaran yang sempat dirakamkan.

Monday, April 19, 2010

Duit Jepun zaman Perang Dunia Kedua.


Masa tengah selongkar almari ayah, saya telah terjumpa satu uncang yang berisi kertas. Bila dibuka rupanya uncang itu mengandungi banyak wang kertas Jepun 10 Dollar yang digunakan pada masa Jepun memerintah Malaya zaman Perang Dunia Kedua. Mak cakap duit itu asalnya seguni tapi yang ini sahaja yang masih tinggal. Itupun sudah dimakan ulat.