Tuesday, August 9, 2011

Kitab lama dari Masjid Hulu Bernam.


   Semasa solat Maghrib di Masjid Ar Rahman, Hulu Bernam terpandanglah dua kitab lama yang dermakan oleh seorang hamba Allah yang tidak diketahui siapa. Saya cuba membelek kitab ini dan mendapati ia kitab lama yang sangat dicari-cari. Kitab pertama merupakan kitab Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai karangan Abdul Kadir Bin Abdul Muttalib. Kitab ini mengandungi amalan harian yang biasa kita lakukan sebelum dan selepas solat, doa kenduri arwah dan doa pada waktu-waktu tertentu.
Kitab Pati Rahsia pula karangan Haji Nik Muhammad Bin Ismail, Datuk Paduka Perdana Menteri. Kitab ini lebih menjurus kepada amalan kebatinan. Oleh kerana kitab ini telah didermakan kepada masjid maka ia telah menjadi hak masjid. Jika saya dapat berjumpa dengan orang yang mendermakan kitab ini sebelum ia didermakan saya ingin membelinya. Tapi saya telah minta kebenaran Tuan Imam Masjid untuk meminjam kitab ini. Hasil carian saya dalam internet didapati kitab Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai ini boleh dibeli melalui www.sjr.com.my sementara kitab Pati Rahsia hanya terdapat dalam versi PDF bertulisan rumi yang boleh dibeli melalui www.lelong.com.my atau klink-muallij.blogspot.com

No comments:

Post a Comment