Jaminan saya untuk pembaca blog : Setiap gambar dan artikel yang terdapat dalam blog ini adalah 100% asli.
Monday, March 22, 2010
Yasmin bantu mama menyapu.
Sewaktu balik kampung, saya dan isteri saya membantu mak saya mengemas rumah. Bila tiba masa nak menyapu halaman rumah, anak dara saya sibuk nak membantu kami. Bila diambil penyapu dia menangis pula. Jadi kami biarkan dia beraksi dengan penyapu itu. Hai... jangan masa kecil je rajin dah besar malas sudah.
Friday, March 12, 2010
Barang antik mak saya.
Masa saya balik kampung, saya telah mengemas bilik mak saya lalu saya terjumpalah dua barang lama yang saya rasa payah nak jumpa sekarang iaitu sterika arang dan botol susu lama yang unik. Menurut mak saya botol susu itu dibeli untuk kakak saya yang sulung dan kini kakak saya dah berusia 56 tahun. Botol susu ni diperbuat daripada kaca berbentuk pisang dan ada dua tempat puting. Sterika arang itu diperbuat daripada tembaga padu. Dulu mana ada elektrik.
Monday, February 22, 2010
Yasmin dengan walker baru.
Duit syiling misteri.
Baru-baru ini semasa saya balik kampung, saya telah terjumpa satu syiling yang agak pelik iaitu syiling Mexico yang dikeluarkan pada tahun 1888. Saya bertanya pada mak saya mana dapat syiling ni. Mak saya kata ia disimpan oleh arwah ayah saya yang asalnya kepunyaan arwah tok saya. Maknanya syiling turun-temurunlah. Apa yang misterinya ialah setahu saya Malaysia tak pernah dijajah Mexico tapi macam mana syiling Mexico ni ada di Malaysia dan usianya 122 tahun? Siapa yang tahu jawaban tolong bagitau saya.
Tuesday, February 2, 2010
Saya kembali
Friday, November 27, 2009
Kenduri doa selamat untuk Akak.
Majlis tahlil dimulakan.
Doa dipoohon semoga Akak selamat pergi dan kembali.
Pada hari Sabtu 21 November 2009, telah diadakan majlis doa selamat untuk anak saudara saya Hasnatul Nazuha binti Hassan yang kami panggil sebagai Akak atau A'a yang akan melanjutkan pelajaran di Birmingham UK. Akak akan bertolak pada malam Isnin 23 November 2009. Semoga Akak berada dalam keadaan selamat di UK nanti.
Tuesday, October 13, 2009
Perkahwinan Nora.
Pada hari Ahad lalu saya menghadiri majlis perkahwianan anak saudara saya Nora di Ipoh. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna, Sungai Tapah, Manjoi Ipoh.
Subscribe to:
Posts (Atom)