Sunday, January 22, 2023

Menaiki Malacca River Cruise












Masa cuti sekolah tahun baru Cina. Menaiki Malacca River Cruise. Rasa macam di Vanice Itali pulak.

Thursday, January 19, 2023

Harakah Kembali Diminati

 Akhbar Harakah kembali laku keras sejak PAS menjadi pembangkang pasca PRU 15. Akhbar ini pernah menjadi pembela Anwar Ibrahim pada era reformasi dulu. Kini menjadi akhbar lidah rasmi pembangkang yang utama.





Tuesday, January 17, 2023

Komik Undi 18

 Komik Undi18 ini diterbitkan untuk memberi panduan kepada mereka yang pertama kali mengundi khasnya yang berumur 18 tahun. Dikarang oleh Maszlee Malik bekas menteri pelajaran. Turut disertakan dengan contoh kertas undi.








Monday, January 16, 2023

Buku Biru UMNO

Ini buku penerangan UMNO karya Datuk Budiman Mohd Zohdi mantan ahli parlimen Sungai Besar. Buku ini turut memuatkan karikatur yang menarik. Sesuai untuk koleksi pada yang minat politik dan kartun.









 

Thursday, January 12, 2023

Air Tenaga Keluaran UPSI

 Nampaknya UPSI dah keluarkan air tenaga jenama sendiri iaitu Landaq's UPSIDE. Ni kira macam Livita atau Power Robot lah.



Tuesday, October 25, 2022

Bercuti Di Melaka

 Dah lama tak update blog ni sebab mulanya ingat blog ni dah hilang. Tapi hanya versi website je yang hilang versi mobile ada. Jadi aku boleh update dengan versi mobile je lah. Maaf kalau tak cantik sebab ini pertama kali update tulisan dan gambar dengan versi mobile.




Gambar kenangan dengan Hang Tuah. ( Patung je lah. )



Medalion kenangan Hang Tuah edisi terhad.



Bergambar dalam kapal terbang.





Bergambar dalam model kapal Portugis.


Wednesday, June 1, 2016

Komik Baru Di Pasaran

Sebenarnya saya tak berminat nak beli komik baru. Kalau boleh nak cari komik yang lama-lama je. Tapi komik ini menarik minat saya. Tajuknya Aliff Dalam 7 Dimensi terbitan Gempak Starz. Komik ini diadaptasi daripada filem dengan tajuk yang sama. Saya beli komik ini sebab tak banyak komik adaptasi filem Melayu yang diterbitkan. ( Setahu saya ada tiga je termasuk yang ni. ) Berbeza komik adaptasi filem sebelumnya komik ini merupakan prekuel filem yang akan ditayangkan nanti. Maknanya kena baca komik ni dulu baru tonton filemnya. ( Lebih kurang macam tulah. ) Sebelum ni prekuel filem dibuat dalam bentuk novel.Komik berharga RM12 ni saya beli di 7 Eleven dan dapat tiga keping stiker Buncit Bear.