Sebenarnya saya tak berminat nak beli komik baru. Kalau boleh nak cari komik yang lama-lama je. Tapi komik ini menarik minat saya. Tajuknya Aliff Dalam 7 Dimensi terbitan Gempak Starz. Komik ini diadaptasi daripada filem dengan tajuk yang sama. Saya beli komik ini sebab tak banyak komik adaptasi filem Melayu yang diterbitkan. ( Setahu saya ada tiga je termasuk yang ni. ) Berbeza komik adaptasi filem sebelumnya komik ini merupakan prekuel filem yang akan ditayangkan nanti. Maknanya kena baca komik ni dulu baru tonton filemnya. ( Lebih kurang macam tulah. ) Sebelum ni prekuel filem dibuat dalam bentuk novel.Komik berharga RM12 ni saya beli di 7 Eleven dan dapat tiga keping stiker Buncit Bear.
Jaminan saya untuk pembaca blog : Setiap gambar dan artikel yang terdapat dalam blog ini adalah 100% asli.
Showing posts with label Bahan bacaan. Show all posts
Showing posts with label Bahan bacaan. Show all posts
Wednesday, June 1, 2016
Saturday, March 19, 2016
Keputusan PRU Ke 12 Dan 13
Inilah keputusan dua pilihanraya yang dianggap paling mencabar bagi parti pemerintah di Malaysia. Pada PRU ke 12 BN buat pertama kali dalam sejarah tidak mendapat majoriti 2/3 di Dewan Rakyat. BN juga hilang kuasa di lima negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Pada PRU ke 13 BN telah kehilangan lebih banyak kerusi Dewan Rakyat. Walaubagaimanapun BN kembali berkuasa di dua negeri iaitu Kedah dan Perak.
Keputusan PRU ke 12 |
Keputusan PRU ke 13 |
Friday, February 19, 2016
Akhbar Baru Dari Parti Baru
Parti Amanah Negara atau singkatannya Amanah telah menerbitkan akhbar rasmi mereka yang diberi nama Suara Amanah. Akhbar yang berharga RM 1 ( tapi saya dapat percuma. ) diterbitkan oleh Pejabat Ahli Parlimen Shah Alam.
Thursday, February 18, 2016
Akhbar Istimewa
Dua akhbar ini boleh dianggap edisi istimewa yang diterbitkan di Malaysia. Pertama akhbar Harian Metro bertarikh 19 Julai 2013. Merupakan akhbar Harian Metro paling tebal iaitu 236 mukasurat dan dibahagikan kepada 6 bahagian. Mungkin akhbar yang paling tebal di Malaysia.
Muka depan Harian Metro 19 Julai 2013
Bahagian dalam Harian Metro 19 Julai 2013
Satu lagi akhbar yang dianggap istimewa ialah Sinar Harian bertarikh 3 Februari 2016. Merupakan akhbar Sinar Harian yang pertama berbentuk broadsheet mengandungi 32 mukasurat. Kebiasaan akhbar Sinar Harian berbentuk kompak mengandungi 56 mukasurat. Akhbar Sinar Harian pada tarikh ini juga tidak diterbitkan dalam edisi yang berlainan mengikut negeri seperti lazimnya.
Muka depan Sinar Harian 3 Februari 2016
Bahagian dalam Sinar Harian 3 Februari 2016
Tuesday, January 12, 2016
Buku Percuma
Zaman sekarang susah nak dapat buku percuma macam dulu. Kalau adapun buku dalam format PDF. Tapi baru-baru ni masa karnival Kampungku di Hulu Bernam ada diedarkan dua buah buku kepada orang ramai. Buku yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bertajuk Himpunan Fatwa dan 10 Asas Ibadah.
Monday, January 11, 2016
Buku Puisi Merdeka
Sebuah buku yang mengandungi 48 buah sajak, pantun dan teromba yang bertemakan merdeka karya kakitangan UPSI. Buku ini diselenggara oleh Profesor Dato' Dr Aminah Binti Ayob. Dikeluarkan pada tahun 2011. Ini merupakan edisi awal dan dikatakan akan dikomersialkan tapi sampai sekarang tidak diterbitkan. Tak tau apa sebabnya.
Sunday, January 10, 2016
Komik Dialog Ketuhanan Jesus
Cover Depan Komik
Cover Belakang Komik
Bahagian Dalam Komik Mencari Kebenaran
Bahagian Dalam Komik Dialog Masalah Ketuhanan Jesus
Ini adalah dua buah komik yang mempunyai jalan cerita yang sama tapi dihasilkan oleh dua karyawan yang berlainan. Satu tajuknya Mencari Kebenaran Suatu Dialog Islam-Kristian diterbitkan oleh Persatuan Ulama Malaysia pada tahun 1998. Komik ini karya Rossem. Komik satu lagi bertajuk Dialog Masalah Ketuhanan Jesus diterbitkan oleh Saba Islamic Media. Dihasilkan oleh Norshafinie Ellias, ABE, Jumain dan Sameer Hayikader. Kedua-duanya cetakan pertama dan kedua-dua diadaptasi daripada buku karya Bahaudin Maudhary dari Indonesia bertajuk Dialog Masalah Ketuhanan Jesus.
Komik Mencari Kebenaran tidak ada dipasaran lagi sementara komik Dialog Ketuhanan Jesus boleh dipesan di SINI
Wednesday, December 30, 2015
Buku Sensasi S.H Alattas
Inilah dua buku karya S.H Alattas atau Pak Habib yang sensasi suatu ketika dulu. Walaupun Pak Habib banyak menulis buku politik tapi dua buku ni dianggap paling berani sehingga diharamkan. Mulanya saya rasa mustahil untuk dapatkan dua buku ni tapi semua ini ketentuan Allah maka dapat juga saya tatap akhirnya. Buku Challlenger Siapa Lawan Siapa saya beli melalui Facebook dan buku Memo Kepada Perdana Menteri ada di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI dan saya boleh pinjam bila-bila saya rasa nak baca.
Wednesday, November 25, 2015
Minat Sukan Yang Digantung
Antara buku-buku bolasepak yang telah didermakan.
Buku ini disimpan dalam fail yang disita.
Memandangkan prestasi bolasepak negara yang semakin lama semakin teruk. Maka saya membuat keputusan menggantung minat saya terhadap bolasepak sehingga ranking bolasepak negara mencecah angka 111 dan ke bawah. Sehubungan itu segala buku-buku yang berkaitan dengan bolasepak dalam dan luar negara telah saya dermakan kepada orang kecuali buku bolasepak Piala Dunia Remaja 97. Ini kerana buku ini akan saya jadikan simbolik terhadap minat saya terhadap bolasepak yang saya simpan dalam fail yang disita. Fail ini akan dibuka setelah ranking bolasepak mencecah 111. Piala Dunia Remaja 97 juga merupakan satu-satunya pentas pasukan bolasepak negara beraksi di peringkat piala dunia setelah menjadi tuan rumah.
Wednesday, July 24, 2013
Pasport Yang Mesti Dimiliki
Kita semua tahu bahawa pasport merupakan suatu dokumen yang penting untuk ke luar negara. Tapi bagaimana pula untuk ke negara akhirat yang kekal abadi ? Adakah kita tak perlukan pasport ? Jawabannya tentulah perlu juga. Di sini ditunjukkan pasport yang perlu dimiliki untuk kita menuju alam akhirat yang perjalanannya jauh lebih mencabar daripada kehidupan dunia. Harga pasport ini hanya RM4.80. Jauh lebih murah berbanding pasport untuk ke luar negara. Boleh didapati di kedai-kedai buku berhampiran atau di www.hidayah.com.my
Sunday, June 16, 2013
Majalah komik untuk remaja Islam.
Majalah Fitrah edisi 1 dan 2.
Poster Maher Zain dalam edisi 1.
Poster Ustaz Don dalam edisi 2.
Kisah Al Khawarizmi dalam edisi 2.
Terdapat sebuah lagi komik berunsur Islam di pasaran. Komik ini diberi nama Fitrah yang mensasarkan golongan remaja tapi sesiapapun boleh membacanya kerana banyak ilmu di dalamnya. Diterbitkan setiap tiga bulan mulai Januari lalu dan telah masuk edisi yang kedua. Setiap keluaran dibahagikan kepada berbagai bidang ilmu seperti fekah, tauhid, tulisan jawi, bahasa Arab, perbincangan dan kisah tokoh - tokoh Islam. Yang menariknya dalam edisi kedua terdapat kisah tokoh matematik Al Khawarizmi. Insan yang memberi ilham untuk saya menamakan anak lelaki saya. Setiap keluaran juga disertakan poster tokoh terkenal seperti Maher Zain dalam edisi pertama dan Ustaz Don dalam edisi kedua.
Wednesday, May 29, 2013
Akhbar Dalam Majalah.
Muka depan majalah.
Bahagian dalam majalah.
Semasa berjalan - jalan di bandar Tanjong Malim saya singgah di kedai buku. Saya jadi tertarik bila melihat majalah yang lain dari yang lain. Kulit luar majalah itu menyatakan kompilasi khas akhbar dalam majalah. Rupa - rupanya majalah ini sebenarnya ialah kompilasi akhbar Iqrak yang dikeluarkan mulai Oktober 2011 hingga Mac 2012. Akhbar ini memggunakan tagline Daiges Islamik. Akhbar ini diterbitkan oleh Puncak Karya Enterprise.
Rasa - rasanya saya tak tahupun akan kewujudan akhbar Iqrak ini. Tahu - tahu sudah dikeluarkan dalam bentuk kompilasi dan ini merupakan edisi yang kedua. Apapun kandungan akhbar ini memang menarik kerana banyak memberi maklumat dan keinsafan Harganya RM 4.50.
Tuesday, May 21, 2013
Penggunaan Karikatur Dalam Kempen Pilihanraya.
Buku Karikatur pro BN.
Buku Karikatur pro PR.
Sudah lama saya tak menulis dalam blog ini dan tulisan ini merupakan tulisan yang pertama dalam tahun 2013. Baru - baru negara kita menghadapi pilihanraya atau PRU yang ke 13. Saya tak mahu menulis mengenai kempen PRU ataupun analisa PRU sebab dah banyak ditulis dalam blog - blog yang lain. Apa yang saya nak tulis disini ialah mengenai penggunaan kartun atau karikatur yang digunakan dalam kempen PRU. Di sini ditunjukkan buku -buku karikatur yang digunakan oleh kedua - dua pihak Barisan Nasional ( BN ) dan Pakatan Rakyat ( PR ) dalam usaha menarik pengundi. Buku yang dikeluarkan oleh pihak pro BN ialah 50 Dalil Pakatan Rakyat Tak Layak Jadi Pemerintah, Koleksi Karikatur Online dan sebuah buku kecil dalam bahasa cina.
Pihak PR pula mengeluarkan buku Gedung Kartun, Lawak Dan Lawan, Lembu - Lembu Kondo dan Hikayat Pak Monggol Dan Scorpene. Sebenarnya banyak lagi buku - buku yang dikeluarkan oleh kedua - dua pihak BN dan PR dalam usaha untuk menarik pengundi disamping menyampaikan mesej mengenai isu - isu semasa dengan cara yang lebih santai.
Thursday, November 1, 2012
Kembara Ustaz jilid 2
Inilah komik Kembara Ustaz jilid 2 yang lama saya tunggu - tunggu. Sudah puas saya bertanya pada tuan kedai buku namun jawabnya tak tau. Saya ingatkan dah diberhentikan penerbitannya. Komik ini memang laris sampai dalam laman web Storm Reader telah habis stoknya. Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih pada penerbitnya iaitu VC Kreatif kerana sudi menerima saya menjadi rakan Facebooknya.
Tuesday, October 2, 2012
Al Quran yang diharamkan ?
Kulit depan Al Quran Majeed.
Surah Al Fatihah dan permulaan Surah Al Baqarah.
Antara isi kandungan Al Quran Majeed.
Kita semua tahu bahawa Al Quran adalah kitab suci yang paling agung dan kita digalakkan malah diwajibkan untuk membacanya. Tapi bagaimana jika dikatakan ada Al Quran yang dilarang kita membacanya ? Perkara ini saya ketahui semasa bersama dalam Kursus Penghayatan Al Quran di UPSI. Al Quran yang dimaksudkan ialah Al Quran Majeed atau dikenali juga dengan Al Quran lama. Al Quran ini diharamkan oleh Jabatan Agama Islam Persekutuan Malaysia dan diikuti Jabatan Agama Islam Negeri - Negeri. Sebabnya kerana terdapat banyak kesilapan dalam penulisannya. Jabatan Agama Islam Persekutuan dan Negeri - Negeri juga mengarahkan Al Quran ini dilupuskan daripada masjid - masjid dan surau -surau di seluruh negara malah mencetak dan mengedarkan Al Quran ini juga menjadi satu kesalahan dan boleh didenda. Walaubagaimanapun Al Quran ini tetap kita pelihara kerana masih terdapat kalimah suci didalamnya dan kalau nak dilupuskan hendaklah diserahkan kepada mereka yang arif. Al Quran yang boleh dibaca sekarang ialah Al Quran Kareem atau dikenali sebagai Al Quran baru atau Al Quran Rasm Othmaniah. Bagi sesiapa yang masih ingin melihat Al Quran Majeed boleh layari laman sesawang Home Quran. Katanya versi ini telah diperbaiki tapi masih tak tahu ia diluluskan oleh Jabatan Agama atau sebaliknya.
Monday, April 16, 2012
Kitab Perukunan.
Kitab Perukunan versi lama, baru dan rumi.
Bahagian dalam kitab versi lama.
Bahagian dalam kitab versi baru.
Bahagian dalam kitab versi rumi.
Kitab Perukunan merupakan kitab rujukan yang sering digunakan untuk belajar dan mengajar Ilmu Fekah oleh guru-guru Agama Islam dulu. Kitab ini juga digunakan oleh ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka. Di rumah mak saya ada tersimpan kitab Perukunan ini dalam dua versi. Versi lama menggunakan kertas yang kasar dan kekuningan dan tulisan juga sukar untuk dibaca. Versi baru pula menggunakan kertas licin dan berlatarbelakang warna merah jambu. Sekarang telah ada pula versi rumi yang diterbitkan oleh Al Hidayah Publisher. Kitab ini dikarang oleh Sheikh Muhammad Arsyad dan diterjemah ke tulisan rumi oleh Ustazah Noraine Abu. Versi rumi boleh dibeli melalui www.hidayah.com.my sementara versi jawi mungkin boleh dibeli di kedai-kedai menjual kitab agama.
Friday, March 16, 2012
Buku Bacaan Jawi Untuk Kanak-kanak.
Kulit buku bacaan.
Terdapat nama dan alamat Pustaka San Ming di dalam buku ini.
Isi kandungan buku.
Entah macam mana saya boleh terjumpa tiga buah buku yang saya rasa agak menarik untuk dipaparkan dalam blog ini untuk tatapan semua. Buku tersebut ialah buku bacaan Jawi untuk kanak-kanak. Buku ini bertajuk Arnab Dengan Kambing, Burung Helang Dengan Siput dan Burung Punai Dengan Semut.
Buku ini dikeluarkan pada tahun 1982. Diolah Khusairi Muhammad Rafiie dan tulisan Jawinya ditulis oleh Syed Hasan Idrus. Apa yang menariknya buku ini diterbitkan oleh Pustaka San Ming di Tanjong Malim, Perak. Tak tau pula yang Pustaka San Ming ni pernah terbitkan buku sebab setahu saya San Ming ni hanya jual buku je. Sekarang susah nak cari bahan bacaan bertulisan Jawi macam ni. Kalau adapun hanyalah buku teks Pengajian Agama Islam untuk sekolah rendah.
Monday, March 5, 2012
Muqaddam versi baru.
Kulit depan Muqaddam.
Perbezaan pelajaran Muqaddam.
Perbezaan mushaf Al Quran.
Ketika memesan kitab Penawar Bagi Hati melalui www.jahabersa.com.my saya turut memesan Muqaddam untuk anak saya. Apabila Muqaddam tersebut sampai saya dapati ia berbeza dengan versi lama yang saya gunakan ketika belajar mengaji lebih 30 tahun dulu. Perbezaannya dapat kita lihat pada sukatan pelajarannya.
Perbezaan juga dapat dilihat pada mushaf Al Quran iaitu Muqaddam baru menggunakan Rasm Othmaniah sementara yang lama dalam tulisan Al Quran Majeed. Apapun saya berharap agar anak saya dapat belajar Al Quran dengan baik sebagai bekalan di dunia dan akhirat.
Sunday, March 4, 2012
Kitab Penawar Bagi Hati.
Kitab Penawar Bagi Hati Versi Jawi Dan Rumi.
Mulanya saya tak ambil kisah sangat akan kitab ini tapi selepas mendengar kuliah mingguan yang diadakan di Masjid Hulu Bernam berpandukan kitab ini pada setiap Jumaat saya jadi tertarik. Lalu meminta izin bapa mertua saya untuk membaca kitab ini yang ada dalam simpanannya. Selepas itu saya melayari laman web www.jahabersa.com.my untuk memesan versi ruminya pula. Kitab ini antara kitab yang baik untuk dibaca oleh sesiapa yang berminat mendalami ilmu tasauf.
Saturday, February 25, 2012
Komik berunsur dakwah terbaru.
Muka depan komik.
Antara isi kandungan komik.
Masa pergi ke kedai majalah baru-baru saya terpandanglah sebuah komik yang cukup menarik. Komik tersebut bertajuk Kuliah Ustaz yang diterbitkan oleh Visi Kreatif Publication Sdn Bhd. Komik ini disusun oleh Ustaz Zakaria Talib ( Ibnu Zakirin. ) Isi kandungannya banyak berunsur dakwah dan ilmiah. Sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Harganya RM 4.90.
Subscribe to:
Posts (Atom)

