Jaminan saya untuk pembaca blog : Setiap gambar dan artikel yang terdapat dalam blog ini adalah 100% asli.
Wednesday, December 30, 2015
Buku Sensasi S.H Alattas
Inilah dua buku karya S.H Alattas atau Pak Habib yang sensasi suatu ketika dulu. Walaupun Pak Habib banyak menulis buku politik tapi dua buku ni dianggap paling berani sehingga diharamkan. Mulanya saya rasa mustahil untuk dapatkan dua buku ni tapi semua ini ketentuan Allah maka dapat juga saya tatap akhirnya. Buku Challlenger Siapa Lawan Siapa saya beli melalui Facebook dan buku Memo Kepada Perdana Menteri ada di Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI dan saya boleh pinjam bila-bila saya rasa nak baca.
Tuesday, December 22, 2015
Guli Pelik
Biasanya guli berbentuk bulat tapi yang ini bujur pula. Mungkin tersalah acuan agaknya. Adakah ini satu-satunya guli yang berbentuk bujur ?
Thursday, December 17, 2015
Berakhirnya Riwayat Simkad Penghisap Darah
Belakang simkad
Depan simkad
Akhirnya tamatlah riwayat simkad Celcom selepas lebih 10 tahun saya menggunakannya. Ini terjadi bila Celcom telah menahan simkad ini daripada aktif. Apa yang pelik saya mendapat SMS daripada Celcom menyatakan simkad akan ditahan sekiranya tidak menanbah nilai selepas 24 Disember 2015, tapi pada 17 Disember 2015 saya diberitahu simkad telah ditahan kerana tidak ditambah nilai.Ini bermakna baki duit yang ada dikira hangus. Apa semua ni ? Sebelum ni saya memang sudah lama tak guna talian Celcom kerana saya dapati nilai duit saya cepat habis walaupun jarang guna. Apapun biarlah Celcom mengainiaya pengguna dan diharapkan semoga Allah sahaja yang membalas perbuatan mereka.
Logo Lama Tabung Haji
Inilah logo lama Tabung Haji yang dulunya dikenali sebagai Lembaga Urusan dan Tabung Haji. Pada logo ini tertera angka 1389 iaitu tahun penubuhan Tabung Haji mengikut tahun Hijrah. Pada bahagian bawah logo menunjukkan Tabung Haji pada awal penubuhannya di bawah Kementerian Pembangunan Negara Dan Luar Bandar berbanding sekarang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Thursday, December 10, 2015
Logo Union Pekerja - Pekerja Lombong
Inilah logo kesatuan atau union yang membela nasib pekerja-pekerja lombong yang dikenali sebagai KKPLSM. Kesatuan ini telah dibubarkan ekoran penutupan lombong-lombong bijih timah.
Wednesday, November 25, 2015
Minat Sukan Yang Digantung
Antara buku-buku bolasepak yang telah didermakan.
Buku ini disimpan dalam fail yang disita.
Memandangkan prestasi bolasepak negara yang semakin lama semakin teruk. Maka saya membuat keputusan menggantung minat saya terhadap bolasepak sehingga ranking bolasepak negara mencecah angka 111 dan ke bawah. Sehubungan itu segala buku-buku yang berkaitan dengan bolasepak dalam dan luar negara telah saya dermakan kepada orang kecuali buku bolasepak Piala Dunia Remaja 97. Ini kerana buku ini akan saya jadikan simbolik terhadap minat saya terhadap bolasepak yang saya simpan dalam fail yang disita. Fail ini akan dibuka setelah ranking bolasepak mencecah 111. Piala Dunia Remaja 97 juga merupakan satu-satunya pentas pasukan bolasepak negara beraksi di peringkat piala dunia setelah menjadi tuan rumah.
Tuesday, November 24, 2015
Radio Kenangan
Inilah radio kecil yang membawa kenangan semasa berkerja di UIAM Gombak dulu. Radio ini menjadi teman sejati semasa mula-mula duduk di rumah bujang. Radio ini juga menjadi penjaga rumah semasa aku tiada di rumah kerana balik kampung atau kerja outstation. Sebabnya aku akan pasang radio ni sepanjang aku tiada di rumah. Tak perlu bimbang litar pintas sebab radio ni menggunakan kuasa bateri. Dah dekat 15 tahun umur radio ni.
Monday, November 23, 2015
Kad Keahlian UMNO Lama Dan Baru
Kad Keahlian UMNO Lama.
Kad Keahlian UMNO Baru.
Inilah kad keahlian UMNO dulu dan sekarang. Bentuk kad lain, dasar perjuangan pun lain.
Sunday, November 22, 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)