Monday, May 9, 2011

Perkahwinan Zura. ( Sebelah lelaki. )



Aksi silat pulut meraikan pengantin. Sesuatu yang jarang ada pada masakini. 

  

Ayah mertua menepung tawar pengantin. 

 

Kedua-dua pasang pengantin di atas pelamin. 


Zura bersama suami tercinta. 


Keluarga saya bersama pengantin. 


Yasmin dan ibunya bersama pengantin. Masa ini mood Yasmin tak baik. 



 



Aksi Yasmin di pantai Bagan Lalang.

Pada 1 Mei 2011, saya pergi ke Kampung Bagan Lalang kerana meraikan perkahwinan adik ipar saya Zura. Ini adalah kenduri bagi pihak lelaki pula. Pada majlis ini dua pasang pengantin diraikan iaitu Zura bersama pasangannya dan adik ipar Zura bersama pasangannya. Selepas habis majlis kami meluangkan masa pergi ke pantai Bagan Lalang pula.

Thursday, May 5, 2011

Lagi terjemahan kitab lama ayah ditemui.


Kitab asal dan kitab terjemahan Rumi.


 Bahagian kulit yang dimakan ulat.


Bahagian dalam kitab.

Setelah saya temui terjemahan kitab lama ayah yang bertajuk Syarah Usulut Tahkik, kini satu lagi terjemahan kitab lama bertajuk Qatrul Ghaisiah telah ditemui. Kitab ini karangan Tuan Guru Husin Nasir bin Mohd, Thaibul Mas'udil Banjari yang juga dikenali sebagai Husin Kedah Kitab ini membicarakan Ilmu Tasauf. Kitab ini juga diterjemah oleh Ustaz Amdan Bin Hamid. Menurut laman web unicae.wordpress.com/2009/11/20/qatrul-ghaisiah/ kitab ini mempunyai banyak versi terjemahan Ruminya. Saya berharap agar dapat berkongsi ilmu dengan orang yang arif agar lebih memahami isi kandungan kitab ini.