Thursday, March 31, 2011

Dinar emas.


Muka depan Dinar Emas.


Muka belakang Dinar Emas.

Kotak khas bagi Dinar Emas Negeri Perak.

Wang Dinar Emas sesuai untuk dijadikan bahan koleksi samada untuk hobi maupun pelaburan. Berbeza dengan wang kertas Dinar Emas tidak boleh dimanupulasi pihak tertentu kerana ia berasaskan emas. Setakat ini Kerajaan Kelantan dan Kerajaan Perak mengeluarkan wang Dinar Emas ini. Difahamkan Dinar Emas Kelantan juga boleh digunakan untuk urusan jual beli dalam negeri Kelantan. Dinar Emas boleh dibeli secara online di http://www.nubex.com.my/ tetapi ia bergantung pada stok.

Friday, March 25, 2011

Lagi cerita botol susu.


Botol susu yang baru dibeli.


 Botol susu Yong.


 Botol susu pertama Yasmin.


Botol susu yang Yasmin gunakan sekarang.

Kontraversi botol susu anak saya rupanya berterusan. Ini disebabkan botol susu yang saya baru beli dikatakan masih belum selamat. Kata orang botol susu yang ada tanda segitiga dan nombor 7 di tengah-tengah turut mengandungi Poly Carbonate. Pulak dah.....
Mak saya cadangkan saya gunakan botol susu Yong saya yang diperbuat daripada kaca. Botol susu ni botol susu antik. Bentuknya macam buah pisang dan berusia lebih 50 tahun. Yalah Yong saya pun dah pencen. Anaknya pun semua dah besar. Salah seorangnya dah jadi pensyarah di UPSI. Memang botol susu ni selamat tapi masalahnya mana nak cari puting botolnya. Dah tak keluar lagi sekarang.
Maka terpaksalah saya geledah almari. Terjumpalah 2 botol susu lama Yasmin yang saya rasa selamat digunakan. Satu botol susu yang digunakan Yasmin pada mula-mula dia dilahirkan tapi yang ini kecil sangat pula. Satu lagi botol susu yang dihadiahkan oleh Kelab Pembangunan. Botol ini tak ditulis PC tetapi PP. Warnanya pun kelabu sikit. Jadi botol inilah yang Yasmin gunakan sekarang.

Sunday, March 20, 2011

Yang dicari telah ditemui.


Sudah lama saya idam untuk mencari kitab Usulut Tahkik versi Rumi Moden agar saya dapat ketahui ilmu yang terdapat dalam kitab ini. Kitab versi asal bertulisan Jawi dan menggunakan bahasa lama. ( Di tengah. ) Agak sukar difahami kerana tulisan Jawinya agak halus dan bahasanya mungkin menggunakan loghat Patani. 
Saya berjaya membeli kitab yang menggunakan tulisan Rumi Moden dan menggunakan bahasa Melayu yang mudah. ( Sebelah kanan. ) Selain itu saya juga membeli kitab huraian tambahan kepada Usulut Tahkik yang berbentuk soal jawab. ( Sebelah kiri. )
Kitab Usulut Tahkik ini sememangnya sinonim dalam hidup saya kerana kitab inilah yang menjadi teks pengajian ayah saya dengan Tuan Guru Imam Ahmad jadi saya amat gembira bila memilikinya kerana ini bererti saya dapat mewarisi ilmu peninggalan arwah ayah saya. Cuma saya rasa saya perlu mencari seorang guru yang boleh menghuraikan ilmu di dalam buku ini kerana terdapat beberapa persoalan yang rumit untuk difahami.
Saya berdoa kepada Allah SWT agar saya dapat menemuinya kerana anggapan yang salah boleh membuatkan kita tersesat.

Tuesday, March 15, 2011

Botol susu kontraversi.


Botol susu lama yang Yasmin gunakan.


Tanda PC yang terdapat pada bahagian bawah botol.


Botol susu baru Yasmin.

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pengharaman botol susu yang buat daripada bahan Polycarbonate kerana mengandungi bahan BPA yang membahayakan kesihatan bayi untuk jangkamasa panjang. Tanda botol susu yang dibuat daripada Polycarbonate ialah terdapat tanda PC pada bahagian bawah botol. Botol susu anak saya tak terkecuali dibuat dari PC. Jadi saya telah menggantikannya dengan botol susu baru.