Saturday, October 22, 2011

Firas naik buaian.



 Persiapan kenduri dibuat secara gotong royong.


 Acara marhaban dan berzanji.


 Firas mula diletakkan di dalam buaian.


Buaian diayun sambil marhaban diucapkan. 


 Firas lena didalam buaian.


 Wajah ceria Firas.



 Rambut Firas dicukur.


Rupa Firas selepas dicukur.

Pada 2 Oktober 2011 bersamaan 15 Zulkaedah 1432 diadakan majlis kenduri naik buaian anak saya yang kedua Firas Khuarizmi di rumah mak saya di Kampung Seri Keledang.

Friday, September 2, 2011

Sambutan Aidil Fitri 2011.


 Membakar lemang akan diadakan setiap tahun menjelang Syawal.


 Faiz sedang bertungkus menyalakan api.


 Lemang dalam proses pembikinan.


Firas sedang tidur lena. 


 Muiz menikmati hidangan kuih raya.


 Tangisan di pagi Syawal.


 Keluarga Wan Cik Ella.


Ini keluarga saya.

Pada tahun ini 2011M bersamaan 1432H saya dan keluarga menyambut 1 Syawal di Kampung Seri Keledang. Hari raya tahun ini lebih bermakna kerana adanya kehadiran orang baru iaitu putera sulong saya Firas Khuarizmi. Ini merupakan hari raya yang pertama baginya setelah lahir ke dunia. Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia khasnya pembaca blog ini.

Thursday, August 25, 2011

Majlis Berbuka Puasa Bersama Kakitangan Jabatan Pembangunan.


Persediaan sebelum berbuka puasa. 


 Bersama puteri tersayang.


Timbalan Pengarah Pembangunan 2, En. Ajihar bersama keluarga turut hadir dalam majlis ini.


 Antara kakitangan yang hadir di majlis ini.


En. Fairul Nizam dan En. Shaharul Naim orang yang berusaha keras memastikan majlis ini berjaya.

Pada 25 Ogos 2011M, bersamaan 25 Ramadan 1432H telah diadakan Majlis Berbuka Puasa Dan Bermaaf - maafan bersama kakitangan Jabatan Pembangunan, UPSI yang berlangsung di kedai makan Sinaran Baru Tomyam atau dahulunya dikenali sebagai Fajar Tomyam, Tanjong Malim. Majlis turut dihadiri En. Ajihar Timbalan Pengarah 2, Jabatan Pembangunan dan En. Shaharuddin, Jurutera Kanan Elektrik. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada En. Fairul Nizam dan En. Shaharul Naim kerana menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

Sunday, August 14, 2011

Majlis berbuka puasa bersama belia Kampung Seri Keledang.



 En Rosman dan Pn Zahana bersama Dato' Idris.

 


Antara belia Kampung Seri Keledang yang hadir.

Pada 12 Ogos 2011 bersamaan 12 Ramadan 1432 telah berlansungnya Majlis Berbuka Puasa anjuran Belia dan Beliawanis Kampung Seri Keledang. Majlis berlangsung di Restoren Beriyani Gam Prima, Tanjong Malim. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada En. Rosman, En. Hamizi, Pn. Zahana dan semua belia dan beliawanis Kampung Seri Keledang kerana berjaya menganjurkan majils yang dapat memupuk semangat setiakawan belia dan beliawanis Kampung Seri Keledang.

Tuesday, August 9, 2011

Kitab lama dari Masjid Hulu Bernam.


   Semasa solat Maghrib di Masjid Ar Rahman, Hulu Bernam terpandanglah dua kitab lama yang dermakan oleh seorang hamba Allah yang tidak diketahui siapa. Saya cuba membelek kitab ini dan mendapati ia kitab lama yang sangat dicari-cari. Kitab pertama merupakan kitab Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai karangan Abdul Kadir Bin Abdul Muttalib. Kitab ini mengandungi amalan harian yang biasa kita lakukan sebelum dan selepas solat, doa kenduri arwah dan doa pada waktu-waktu tertentu.
Kitab Pati Rahsia pula karangan Haji Nik Muhammad Bin Ismail, Datuk Paduka Perdana Menteri. Kitab ini lebih menjurus kepada amalan kebatinan. Oleh kerana kitab ini telah didermakan kepada masjid maka ia telah menjadi hak masjid. Jika saya dapat berjumpa dengan orang yang mendermakan kitab ini sebelum ia didermakan saya ingin membelinya. Tapi saya telah minta kebenaran Tuan Imam Masjid untuk meminjam kitab ini. Hasil carian saya dalam internet didapati kitab Senjata Tok Haji Dan Tok Lebai ini boleh dibeli melalui www.sjr.com.my sementara kitab Pati Rahsia hanya terdapat dalam versi PDF bertulisan rumi yang boleh dibeli melalui www.lelong.com.my atau klink-muallij.blogspot.com

Wednesday, August 3, 2011

Anakku yang kedua.


 Macam ini rupanya dunia.


 Sedang tidur lena.



Firas bersama Yong Min.


Senyuman penyejuk hati.

Pada 20 Julai 2011M bersamaan 18 Syaaban 1432H lahirlah anak kedua saya yang juga putera sulong saya. Dilahirkan di Hospital Selayang jam 3 petang. Namanya Firas Khuarizmi. Nama ini dipilih bersempena nama ahli mathematik Islam Al Khuarizmi. Sementara Firas pula bermaksud cerdik. Mudah - mudahan dia menjadi anak yang cerdik lagi soleh.

Monday, July 4, 2011

Anugerah Khidmat Cemerlang.


 Terima anugerah daripada Dato' Naib Canselor. ( Maaf gambar tak jelas. )


Bersama ieteri tersayang. Kejayaan suami tidak akan tercapai tanpa dorongan isteri. 



Pada 24 Jun 2011 telah berlangsung majlis penyampain Anugerah Perkhidmatan Cemerlang untuk kakitangan UPSI. Seramai 116 orang daripada pelbagai Jabatan dan Fakulti telah terpilih untuk menerima anugerah tersebut dan salah seorangnya adalah saya. Tahniah kepada semua penerima anugerah.Pada mereka yang tak dapat anugerah janganlah kecewa kerana rezeki anda belum sampai lagi. Lagipun anugerah ini sebenarnya adalah kecil berbanding anugerah Allah SWT yang dikurniakan kepada hamba - hambanya yang soleh dan solehah di akhirat nanti.

Wednesday, June 15, 2011

Melancong ke Terengganu.






Gambar di Masjid Tengku Tengah Zaharah.



Di Pulau Duyong tempat acara Monsoon Cup.


  

  

  

  

  

  

  

  

  

  

  








 







 


 Di Taman Replika Monumen Islam.

  

  

 Di hadapan Masjid Kristal.

  

  

  

  

  

  

  

  

 


  

 Mandi - manda di Pantai Kelulut.

 
Depan rumah Ella.

Pada 5 hingga 7 Jun 2011 saya sekeluarga pergi ke rumah adik saya Ella di Marang, Terengganu. Kami telah dibawa oleh keluarga Ella melawat tempat - tempat menarik di Terengganu. Terima kasih diucapkan kepada Ella dan Rashid yang juga dikenali sebagai Wan Cik dan Pak Cik kerana melayan kami dengan baik sepanjang kami berada di sana.