Tuesday, June 22, 2010

Pokok anggur mak berbuah.

Inilah rupa buah anggur mak.


Pokok anggur dari pandangan jauh.


Ini bunga buah naga.

Pada hujung minggu lalu saya balik ke kampung mak saya di Seri Keledang. Mak saya beritahu yang pokok anggur ditanamnya sudah mula mengeluarkan buah. Sayapun tanpa berlengah lagi mengambil gambar untuk tatapan semua dalam blog ini. Sebelum ini saya hanya dengar cerita mengenai pokok anggur yang tumbuh di Malaysia, tapi kini saya dapat lihat dengan mata kepala sendiri. Ini membuktikan tiada suatu yang mustahil di dalam dunia ini jika ia diizinkan Allah SWT. Saya turut menagambil gambar bunga buah naga. Memang susah nak ambil gambar bunga buah naga kerana ia hanya berkembang dalam masa sehari dan kecut pada esok harinya.

Sunday, June 13, 2010

Reunion kawan-kawan form six.

Acara dimulakan dengan doa Ustaz Zayyat.


Bersantai di wakaf depan rumah Bad.


Ikhwan@Nanda mencedok gulai untuk honeynya.


Ini Fauzi yang terpaksa balik awal.


Kumpulan kaum ibu.




Kumpulan kaum bapa.


Kenapalah Ikhwan melenting ni ?


Gambar ini malaplah pula.




Kawan-kawan form 6 yang sempat hadir pada majlis reunion.


Kek hari jadi Ustaz Zayyat.


Ustaz Zayyat memotong kek tanda pertambahan usia.


Pada 13 Jun 2010 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1413 telah berlangsungnya majlis reunion di rumah ibu Hairul Badri atau dikenali sebagai Bad. Di Kampung Klan 1, Slim River. Seramai 13 orang rakan-rakan lama form 6 yang hadir pada majlis ini bersama keluarga masing-masing. Pada majlis ini juga diraikan hari jadi Zayyat Aqbal. Terima kasih diucapkan kepada Bad sekeluarga yang sudi menjadi tuan rumah untuk acara ini.

Wednesday, June 9, 2010

Buah kelapa bertunas empat.

Tubung kelapa yang bercabang empat.


Pada sabut kelapa ini kelihatan empat tunas yang muncul.

Pada waktu pagi selepas sembahyang subuh. Mak saya memanggil saya dengan nada cemas. Mulanya saya sangka ada bintang berbisa masuk rumah tapi bila saya dapatkan mak saya diapun menunjukkan sabut kelapa yang mempunyai empat tunas dan tubung yang bercabang empat. Kata mak saya sudah lebih 70 tahun dia hidup inilah pertama kali dia jumpa buah kelapa yang semacam ini. Sayapun inilah pertama kali melihatnya. Inilah petanda kebesaran kuasa Allah SWT.