Tuesday, June 30, 2009

Perkahwinan Jali. ( Jali wedding. )

Rileks bang jangan risau, tak lari gunung dikejar.


Jangan jalan laju-laju, slowlah sikit. Macam jalan pengantin.


Aku tengok macam ada tak kena je pada tengkolok pengantin ni.


Eh! Sopi pun ada, tengah asyik tengok orang main band.


Ni Pak Ngah Wahid adik mak mertua saya.


Ni pula Yasmin dengan Opah Teh.


Yasmin lena dipangkuan ibu tercinta.


Mula-mula sampai di rumah pengantin.

Pada 28 Jun 2009, saya pergi ke majlis perkahwinan Jali di Rancangan RISDA, Ulu Slim. Inilah pertama kali saya bawa Yasmin ke majlis orang kahwin. Jali ni kira pangkat sepupu belah isteri saya.

Monday, June 29, 2009

Aksi akrobatik Mek. ( Mek acrobatic action. )



Inilah aksi akrobatik yang ditonjolkan oleh Mek. Anak saudara saya. Ada potensi jadi ahli sarkas budak ni.

Tuesday, June 23, 2009

Hasil seni unik. ( Uniqe art craft. )


Pada suatu orang seorang musafir dari Pakistan datang ke rumah pak mertua saya. Mulanya saya ingat nak jual barang kemudian dia kata dia bukan nak jual barang cuma nak minta derma ikhlas. Dengan setiap derma yang diberi dia akan beri kita satu hasil karya seni yang unik iaitu ayat suci Al Quran diatas rangka daun kering. Katanya ayat Al Quran bukan untuk diniagakan.
Saya pun bagilah RM 5 dan dapatlah satu hasil karya unik ni. Ada macam-macam ayat ada tapi saya pilih ayat Al Qursi.

Monday, June 22, 2009

Hari Jadi Aina. ( Aina birthday. )

Acara tiup lilin dijalankan.


Tengah menikmati hidangan.


Ni belon hari jadi.

Ni pulak Mek satu-satunya anak lelaki Kak Ani.


Nilah Aina Birthday Girl.


Aksi Si Golek adik Aina.

Kek hari jadi Aina.


Pada 15 Jun 2009 ialah hari jadi Aina. Aina ni anak kakak ipar saya Kak Ani. Majlis di buat di rumah Ayah Mertua pada jam 9 malam.

Berkelah di Kuala Woh. ( Picnic at Kuala Woh. )


Nilah rupanya keadaan Kuala Woh tu. Ramai orang maklumlah musim cuti.


Seronoknya anak Kak Yang mandi-manda.

Lepas balik kenduri rumah Ijai Kak Yang ajak ke Kuala Woh pulak.

Perkahwinan Ijai. ( Ijai wedding. )

Semoga Ijai dan isteri dipanjangkan jodoh dan dimurahakan rezeki.


Ni dia anak murid Pendekar Mustar buka langkah.


Makan jangan malu-malu.


Apa yang buat Abang pening kepala ni ? Budget lari ke ?


Pengantin sampai di pintu gerbang.


Tangkap jangan tak tangkap.


Keberangkatan tiba pengantin ke rumah.


Apa yang buat Kak Yong kita terkejut beruk ni ?


Yop Kama tengah menyambut tetamu yang datang.

Pada 13 Jun 2009 berlangsungnya perkahwinan anak saudara saya iaitu Sharizal atau Ijai di Kampung Bermin, Tapah. Inilah peristiwa yang sempat dirakamkan.

Sunday, June 21, 2009

Rumah Saya. ( My house. )


Inilah tempat saya tinggal. Pada masa ini rumah ini dihuni oleh saya, isteri, anak dan mak saya. Kalau hari cuti adalah ahli keluarga lain yang datang. Terutamanya bila hari raya. Nombor rumah saya 515.

Masjid Jamaatul Asma ul Husna. ( Jamaatul Asma ul Husna Mosque. )


Ini pula masjid tempat orang Islam Kampung Seri Keledang beribadat dan menjalankan aktiviti keagamaan seperti kuliah agama, sambutan Mulidur Rasul, Maal Hijrah, awal Ramadan dan lain lagi.
Kadang-kadang acara akad nikah dan sembahyang jenazahpun dibuat disini.

Inilah Kampung Saya. ( My birth place. )

Pintu gerbang kampung.


Papan tanda kampung.


Kampung Seri Keledang ni ramai yang tak tau letak kat mana. Jadi dalam blog ni saya nak bagi gambaran sikit. Kampung ni melalui pekan Slim River tapi dalam negeri Selangor. Pelik tapi benar. Sebabnya dah lepas sempadan negeri iaitu Sungai Bernam.
Disini ditunjukkan mercu tanda kampung iaitu tanda nama dan pintu gerbang. Kalau nak ke rumah saya masuk ke lorong sebelah kiri sebelum pintu gerbang.

Hari bahagiaku. ( My wedding. )


Pada 15 Ogos 2008M, bersamaan 13 Syaaban 1429H, Saya telah diijabkabulkan dengan Nor Hafiza Binti Mohd. Ramli. Gambar ini dirakamkan pada hari majlis perkahwinan saya di Kampung Seri Keledang pada 17 Ogos 2008.

Saturday, June 20, 2009

Anakku yang pertama. ( My first born child. )

Ni tengah mood baik.


Apalah kacau saya nak tidur.



Mengamuk minta susu.


Yasmin tengah tidur lena.



Inilah anak saya yang pertama. Namanya Nur Yasmin Qistina. Lahir pada 18 Mei 2009M, bersamaan 23 Jamadil Awal 1430H. di Hospital Teluk Intan. Lahir pada jam 5.30pm.

Kereta Saya. ( My car. )


Ini ialah kereta saya model Perodua Viva 1.0 SXi. Ini je lah kereta yang mampu saya pakai. Kalau ada rezeki nanti bolehlah pakai yang besar sikit. Merc ke BMW ke Honda ke cewah! berangan nampak.

Friday, June 19, 2009

Nota Pertama. ( First note. )

Hari ini saya ada Blog. Ini cuma percubaan dan saya tak ada idea apa benda nak bagitau.