Friday, March 16, 2012

Buku Bacaan Jawi Untuk Kanak-kanak.


 Kulit buku bacaan.


Terdapat nama dan alamat Pustaka San Ming di dalam buku ini.


Isi kandungan buku.

Entah macam mana saya boleh terjumpa tiga buah buku yang saya rasa agak menarik untuk dipaparkan dalam blog ini untuk tatapan semua. Buku tersebut ialah buku bacaan Jawi untuk kanak-kanak. Buku ini bertajuk Arnab Dengan Kambing, Burung Helang Dengan Siput dan Burung Punai Dengan Semut.
Buku ini dikeluarkan pada tahun 1982. Diolah Khusairi Muhammad Rafiie dan tulisan Jawinya ditulis oleh Syed Hasan Idrus. Apa yang menariknya buku ini diterbitkan oleh Pustaka San Ming di Tanjong Malim, Perak. Tak tau pula yang Pustaka San Ming ni pernah terbitkan buku sebab setahu saya San Ming ni hanya jual buku je. Sekarang susah nak cari bahan bacaan bertulisan Jawi macam ni. Kalau adapun hanyalah buku teks Pengajian Agama Islam untuk sekolah rendah.

Monday, March 5, 2012

Muqaddam versi baru.


Kulit depan Muqaddam.


Perbezaan pelajaran Muqaddam.


Perbezaan mushaf Al Quran.

Ketika memesan kitab Penawar Bagi Hati melalui www.jahabersa.com.my saya turut memesan Muqaddam untuk anak saya. Apabila Muqaddam tersebut sampai saya dapati ia berbeza dengan versi lama yang saya gunakan ketika belajar mengaji lebih 30 tahun dulu. Perbezaannya dapat kita lihat pada sukatan pelajarannya.
Perbezaan juga dapat dilihat pada mushaf Al Quran iaitu Muqaddam baru menggunakan Rasm Othmaniah sementara yang lama dalam tulisan Al Quran Majeed. Apapun saya berharap agar anak saya dapat belajar Al Quran dengan baik sebagai bekalan di dunia dan akhirat.

Sunday, March 4, 2012

Kitab Penawar Bagi Hati.


Kitab Penawar Bagi Hati Versi Jawi Dan Rumi.

Mulanya saya tak ambil kisah sangat akan kitab ini tapi selepas mendengar kuliah mingguan yang diadakan di Masjid Hulu Bernam berpandukan kitab ini pada setiap Jumaat saya jadi tertarik. Lalu meminta izin bapa mertua saya untuk membaca kitab ini yang ada dalam simpanannya. Selepas itu saya melayari laman web www.jahabersa.com.my untuk memesan versi ruminya pula. Kitab ini antara kitab yang baik untuk dibaca oleh sesiapa yang berminat mendalami ilmu tasauf.