Wednesday, February 23, 2011

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Kampung Seri Keledang.


Acara dimulakan dengan bacaan Al Quran dan terjemahan.


Antara tetamu yang hadir.


Bahagian luar Masjid.


Kain rentang acara majlis sambutan.


Cicak kobing ini turut menjadi tetamu majlis,


Pengacara majlis En. Mazlan Yunan.


Nyanyian nasyid oleh murid Sekolah Rendah Kg Seri Keledang.


Tuan Haji Shukor Pengerusi Pusat Khidmat Masyarakat DUN memberikan ucapan.


Ustaz Hasbi dari UPSI menyampaikan ceramah.


Yasmin tidur lena dipangkuan Mama dalam hiruk-pikuk majlis.

Pada 18 Februari 2011M bersamaan 15 Rabiul Awal 1432H lalu Kampung Seri Keledang telah mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Pada majlis ini saya telah menyumbangkan seekor kambing untuk aqiqah anak saya Yasmin, namun kenduri aqiqah untuk Yasmin telah diadakan pada sebelah malam sebelumnya. Ini kerana untuk acara pagi En Ridzwan telah menyumbangkan seekor kerbau yang juga dengan niat aqiqah.
Acara bermula dengan perarakan memuji Rasulullah yang diadakan daripada Balai Raya SKC Jaya hingga Masjid Kampung Seri Keledang. Majlis juga turut diserikan dengan bacaan Al Quran dan terjemahan serta nasyid oleh murid sekolah rendah. Kemudian diserikan dengan ceramah. Majlis berakhir dengan jamuan makan.

Tuesday, February 22, 2011

Kitab Tajul Muluk.

                                                                            
Muka depan kitab Tajul Muluk.


Antara isi kandungan dalam.

Kitab Tajul Muluk memang telah dikenali ramai sebagai kitab perubatan dan ramalan untung nasib. Kitab ini samalah seperti Feng Shui bagi orang Cina atau Sastra bagi orang India. Di dalam kitab ini terdapat banyak ramalan dan petua yang digunakan untuk panduan dan perubatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dulu. Namun kita tidak boleh terlalu percaya kepada ramalan kitab ini kerana dibimbangi akan membawa kepada syirik. Kitab ini ada dijual di laman web www.sjr.com.my. Kitab ini hanya ada dalam versi Jawi lama, tetapi kita boleh membaca petikan kandungan kitab ini di laman web www.freewebs.com/atrakana1/kamar rasia.htm .

Wednesday, February 16, 2011

Memperingati Rasululah SAW.


Sempena memperingati tarikh kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Saya ingin memberitahu kepada semua pembaca blog ini agar membaca buku-buku yang menambah pengetahuan kita mengenai Rasulullah SAW. Antaranya ialah buku yang bertajuk Al Azkar. Buku ini mengandungi amalan zikir-zikir dan doa-doa yang menjadi amalan Baginda dan diajarkan kepada para sahabat. Ia dikumpul dan disusun oleh Imam An Nawawi. Buku ini asalnya dalam bahasa Arab tetapi telah diterjemah oleh Drs. M. Tarsi Hawi.
Sewajarnya kita dapat meneruskan amalan yang ditinggalkan oleh Baginda untuk menunjukkan rasa cinta kita kepada Baginda.

Monday, February 7, 2011

Usaha menghidupkan tulisan Jawi.


Sebagai maklumbalas kepada Saudara AzizMustofa yang membuat komen pada topik 'Usaha menterjemah kitab Jawi Lama kepada tulisan Rumi Moden.' Saudara Aziz ada menyatakan yang orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di bumi Jawi. Oleh itu saya menyarankan agar orang Melayu membeli akhbar Utusan Malaysia pada setiap hari Isnin. Ini kerana pada setiap hari Isnin terdapat sisipan akhbar Utusan Melayu Mingguan iaitu satu-satunya akhbar bertulisan Jawi yang masih diterbitkan. Dulu ahkbar ini diterbitkan setiap hari namun dihentikan kerana kurang sambutan.
Adalah diharapkan dengan sokongan kita orang Melayu akhbar ini akan diterbitkan semula setiap hari dan diharapkan juga akan ada lagi bahan bacaan lain bertulisan Jawi diterbitkan di negara kita. Kalau orang Melayu tak sokong budaya sendiri siapa lagi nak sokong.

Friday, February 4, 2011

Kitab lama peninggalan ayah.


Masa membelek nak kemaskan almari buku di kampung terjumpalah empat buah kitab lama bertulisan Jawi ini. Kitab lama ini merupakan kitab yang pernah digunakan oleh arwah ayah saya semasa penagajian ilmu di masjid. Antara kitab ini ialah Kitab Bekalan Pelajar dan Usulut Tahkik dan dua lagi saya tak berapa tahu apa tajuknya. Kitab ini menggunakan gaya bahasa dan cara penulisan Jawi Lama. Oleh itu ia sukar difahami tambah pula kepada mereka yang langsung tak boleh baca tulisan Jawi. Dalam banyak-banyak kitab ini kitab Usulut Tahkik yang paling memberi kesan pada saya kerana ia mengingatkan saya pada gurunya iaitu Tuan Guru Haji Ahmad. Kalau orang lama SKC dan Kampung Seri Keledang pasti kenal akan beliau. Merupakan seorang Tuan Guru yang zuhud lagi tidak kenal jemu dalam menyampaikan ilmu. Datang mengajar dengan hanya menaiki bas dan pernah membawa bekal makanan sendiri ketika mengajar kerana orang ditempat dia mengajar tidak melayan kedatangannya. Berbanding dengan guru sekarang yang datang dengan kereta dan mendapat imbuhan lumayan setiap kali mengajar. Tuan Guru Imam Ahmad mengajar di Kampung Seri Keledang, Kampung Alah Batu dan Estet Lima Belas hingga akhir hayatnya. Semoga Allah SWT mencuri rahmat ke atas beliau dan begitu juga kepada arwah ayah saya.

Tuesday, February 1, 2011

Kitab kembar pengajian tasauf.


Bagi sesiapa yang ingin mengenali diri dan mengenali tuhannya wajarlah membaca kedua-dua kitab ini. Kitab pertama merupakan kitab terjemahan daripada kitab jawi lama bertajuk Kasaf Al Asrar karya Sheikh Mohd Salleh Al Mengkabui. Satu lagi ialah kitab Assarul Din yang tidak diketahui siapa pengarangnya. Kedua - dua kitab ini telah diterjemah oleh Ustaz Amdan Bin Hamid. Namun anda perlulah merujuk kepada mereka yang lebih arif andai terdapat apa yang terkandung dalam kitab ini sukar untuk difahami. Ini bagi mengelakkan anda tersesat dan seterusnya mendapat kemurkaan daripada Allah SWT.