Tuesday, October 13, 2009

Perkahwinan Nora.

Anak saya juga sempat bergambar pada hari majlis.



Semoga berbahagia selamanya.



Suasana dalam dewan.


Ketibaan penagntin baru.


Keluarga pengantin menyambut ketibaan tetamu.


Pada hari Ahad lalu saya menghadiri majlis perkahwianan anak saudara saya Nora di Ipoh. Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna, Sungai Tapah, Manjoi Ipoh.

Monday, October 5, 2009

Melawat Kellie's Castle.


Gambar yang sempat dirakamkan di luar istana.


Kellie's Castle dari luar.


Selepas melawat keluarga ayah mertua di Parit kami singgah pula di Kellie's Castle yang terletak di pertengahan jalan ke Batu Gajah. Dulunya rumah ini dikatakan berhantu tapi sekarang dah jadi tarikan pelancong pula. Cadangnya nak masuk dalam istana ni tapi tak kesampaian kerana tak cukup bajet nak bayar masuk tambahan pula hari dah suntuk. Kami hanya bergambar di luar. Rasanya lain kali kalau ada kesempatan dan bajet saya akan masuk dan saya akan paparkan apa yang ada dalam istana dalam blog ni.

Beraya di Parit.

Adik ipar saya Zura masih tak de keluarga. Bergambar sorang-soranglah, tapi dia ni dah berpunya.


Inilah keluarga saya.


Ini Kak Ani dan keluarga.

Alang Fitri sekeluarga.


Isteri saya dan adiknya.


Bunga raya banyak ditanam di jambatan sungai ni.


Ini jambatan Parit menyeberangi Sungai Perak.


Ini Masjid Besar Parit.



Bergambar ramai-ramai.


Asyura tengah posing maut.


Siapa nak lawan mari sini.


Yasmin bergaya dengan baju baru.


Bergambar sebelum bertolak.


Pada 24 September 2009 bersamaan hari raya yang ke 5, saya bersama keluarga isteri saya pergi ke Parit. Di sini merupakan kampung ayah mertua saya. Jadi di sini ramailah keluarga ayah mertua saya. Ini juga merupakan pertama kali saya ke sini.

Menzirahi pusara ayahanda.


Semoga roh Apak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.


Air bacaan tahlil dicurahkan.


Mak memulakan acara menabur bunga dan daun pandan.


Semua orang mengaminkan doa.


Wan anak bongsu Yong membacakan doa.


Acara dimulai dengan tahlil.

Setelah sembahyang raya, kami sekeluarga pergi menziarahi pusara ayahanda atau kami panggil mesra sebagai Apak iaitu Tuan Haji Shapiie yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Oktober 1998. Dah sebelas tahun Apak meninggalkan kami semua.

Thursday, October 1, 2009

Yasmin sudah menirap. ( Yasmin can crouching. )



Anak dara saya Yasmin sekarang dah mula menirap. Sebenarnya dia dah mula menirap pada 15 Ramadan lalu. Tapi gambar ini saya rakamkan pada pagi hari raya pertama. Begitu cepat rasanya masa berlalu.

Wajah - wajah Aidil Fitri. ( Faces of Eid Ul Fitri. )

Ini pula keluarga saya.


Ini keluarga adik saya Ella.


Selamat Hari Raya untuk semua.



Pak Usu minta ampun, minta maaf dan yang penting minta duit raya.


Yasmin bersama ibu tersayang.


Yasmin tidur dengan lenanya. Malam sebelumnya dah puas berjaga.


Faiz tengah asyik tengok tv.


Letih betul Muiz di pagi raya ni.


Mak tengah basuh buluh.


Sedang sibuk menyediakan lemang.


Aidil Fitri disambut meriah di seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Di sini saya tunjukkan suasana Aidil Fitri yang sempat saya rakamkan di rumah saya.