Friday, July 24, 2009

Perkahwinan Api ( Api wedding. )

Para jemputan sedang menikmati hidangan kenduri.


Mat Pop sedang sibuk melayan tetamu.


Pengantin tengah makan beradab.


Pada 19 Julai 2009 telah berlangsung perkahwinan Api@Kamarul Shapiie iaitu anak kepada En Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Pop, di Kampung Seri Keledang. Saya mendoakan agar pengantin dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki.

Hari jadi Fatin. ( Fatin Birthday. )

Seronoknya Fatin bila orang raikan hari jadi dia.


Ni pula opah dan mak Fatin.


Tengah menikmati hidangan.


Birthday girl Fatin tengah potong kek.


Apa yang buat Mek tersengih tu ?


Persiapan sebelum majlis.


Kek hari jadi Fatin.



Pada 15 Julai 2009 berlangsungnya majlis menyambut hari jadi Fatin @ Golek di rumah mak mertua saya. Sepatutnya hari jadi dia 12 Julai 2009, tapi ditunda kerana sama dengan hari Yasmin naik buaian.

Tuesday, July 21, 2009

Yasmin cukur rambut. ( Yasmin shaving hair. )

Nilah rupa Yasmin selepas rambutnya dicukur.


Yasmin ditenangkan Opah kerana menangis setelah sedar kepalanya botak.


Alat yang digunakan dalam upacara mencukur rambut.


Opah Basyar mencukur rambut Yasmin. Sepanjang bercukur Yasmin menangis tak berhenti.


Ibu sedang pegang Yasmin untuk dicukur.


Yasmin ceria sebelum bercukur.


Pada hari esoknya rambut Yasmin dibotakkan. Sepatutnya dibuat pada hari naik buaian tapi tak orang yang tahu cukur rambut budak. Rambut Yasmin dicukur oleh Opah Basyar.

Yasmin naik buaian. ( Yasmin first time cradle. )

Selesai acara tetamu menikmati hidangan.


Bila dah biasa Yasminpun lena dalam buaian. Wah! duitpun dapat ?


Marhaban dinyanyikan. Berdiri kerana penghormatan untuk Nabi SAW.


Tok Cik dan Atuk sedang menghayun buaian.


Yasmin terkejut bila naik buaian untuk pertama kali.


Kaum bapa masak di luar.



Kaum ibu sedang bersiap di dapur.


Yasmin lena dipangkuan ibu sebelum naik buaian.


Antara yang terlibat. Ditengah tu atuk Yasmin.


Acara berzanji dimulakan.


Pada hari Ahad 12 Julai 2009, telah diadakan upacara kenduri naik buaian untuk Yasmin di Kampung Seri Keledang.

Thursday, July 16, 2009

Kejohanan Futsal DUN Hulu Bernam ( DUN Hulu Bernam Futsal Competetion. )

Reaksi pemenang yang berjaya.

Ketua pasukan Juara 6 Jahanam terima pingat daripada Ketua Biro Sukan DUN Hulu Bernam.


Tempat kedua SKC bawah 20.


Tempat ketiga Belasah FC terima pingat daripada Ketua Kampung.

Tempat keempat SKC Senior.

Pingat-pingat yang menjadi rebutan.

Peminat futsal no 1 SKC.




Antara aksi pada hari kejohanan .

Sebahagian penonton yang hadir menyaksikan kejohanan.




Antara Pasukan yang mengambil bahagian.

Gelanggang futsal SKC tempat berlangsungnya kejohanan.

Pada 11 Julai 2009 telah berlangsung pertandingan futsal peringkat DUN Hulu Bernam di Gelanggang Futsal, Kampung Seri Keledang, SKC. Sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian iaitu SKC Senior, SKC bawah 20, 6 Jahanam, Gagak Hitam, Belasah FC dan All Black.
Kejohanan Anjuran Kelab Pemuda Insaf SKC/Alah Batu dan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Bernam.
Pertandingan dimenangi oleh 6 Jahanam yang mengalahkan SKC bawah 20 3-2.
Turut hadir menyaksikan pertandingan ialah wakil Pusat Khidmat Msayarakat DUN Hulu Bernam dan ketua kampung Seri Keledang En Zakaria Bin Mohd Ning.

Wednesday, July 15, 2009

Kenangan Michael Jackson. ( Memory of Michael Jackson. )

DVD video klip 3 dalam 1 Michael Jackson.


CD MP3 Michael Jackson.


Kematian Michael@Mikaeel Jackson telah memberi impak besar pada dunia. Yalah orang popularlah katakan. Disini saya nak menunjukkan koleksi peribadi saya yang masih saya simpan tatapan untuk semua. Pertama DVD edisi khas yang mengandungi video klip Michael yang menarik seperti Beat It, Black or White, Scream, Thriller, Bad dan lain-lain.
Satu lagi ialah CD MP3 yang mengandungi hampir kesemua lagu-lagu Michael daripada zaman Jackson 5 hingga ke album terakhir beliau Invinsible.

Saturday, July 4, 2009

Bunga-bunga. ( Flowers.)







Sengaja saya masukkan gambar bunga-bunga ni untuk hiasan blog. Ya lah macam kita hiaskan rumah kita dengan bunga.